Bekas Pengarah Eksekutif Kencana Didakwa Terlibat Perdagangan Dalaman

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2016 10:20 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah eksekutif Kencana Petroleum Berhad, Datuk Yeow Kheng Chew dan dua yang lain didakwa terlibat dengan perdagangan dalaman di Mahkamah Sesyen di sini.

Dua lagi individu dikenal pasti sebagai Paulene Chee Yuet Fang dan Tan Yee Chee, yang merupakan remisier.

Mereka didakwa terlibat dengan perdagangan dalaman pada 2011.

Kheng Chew merupakan rakan kongsi Datuk Mokhzani Mahathir di Kencana Petroleum Berhad.

Mokhzani sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kencana, manakala Kheng Chew sebagai pengarah bebas bukan eksekutif syarikat.

Mokhdzani merupakan anak kedua kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan