Tiga Sekeluarga Meninggal Dunia, Lemas Di Lata Cakah

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2016 9:21 PM

(Ubah saiz teks)

SETIU: Kegembiraan tujuh sekeluarga berkelah di kawasan air terjun Lata Cakah di sini berakhir dengan tragedi selepas tiga daripada mereka meninggal dunia kerana lemas.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Elias Abu Bakar berkata seorang daripada merekaAsiah Zakirah Abd Rahman, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Setiu.

Katanya dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari itu, ketika sedang leka mandi-mandi, bapa saudara mereka mendengar suara meminta tolong dan sebaik tiba di tempat kejadian, ketiga-tiga mereka telah tenggelam manakala seorang lagi berjaya diselamatkan oleh orang ramai.

"Dengan bantuan orang ramai tiga mangsa telah dijumpai, seorang meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi dikejarkan ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut," katanya kepada Bernama.

Katanya kira-kira pukul 2.41 petang, Fatin Atirah Ahmad Sabri, 20, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan dan kira-kira dua jam selepas itu seorang lagi mangsa yang merupakan pelajar perubatan di Mesir Asma Saari, 21, meninggal dunia.

Sementara mangsa yang diselamatkan, Maisarah Saari, 19, dilaporkan stabil namun masih menerima rawatan, katanya dan menurutnya kesemua mereka berasal dari Kelantan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Air Terjun Lata Cakah , Lemas

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan