MH370: Maklumat Simulator Tidak Dedah Apa Yang Berlaku Dalam Kehilangan Pesawat

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2016 8:06 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia mengemukakan pandangannya terhadap laporan media baru-baru ini berhubung siasatan FBI ke atas simulator penerbangan di rumah juruterbang pesawat MH370.

Laporan itu mencadangkan bahawa beliau merancang laluan ke selatan Lautan Hindi dan kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu adalah pembunuhan/bunuh diri yang sengaja dirancang.

Senario seperti ini bukanlah baharu dan pernah dilaporkan media sebelum ini, kata JACC dalam laporan operasi.

"Maklumat simulator menunjukkan hanya kemungkinan perancangan. Ia tidak  mendedahkan apa yang berlaku pada malam kehilangan pesawat berkenaan, atau pun di mana pesawat itu dikesan.

"Bagi tujuan menetapkan kawasan pencarian di bawah laut, fakta dan analisis berkaitan paling hampir sepadan dengan senario di mana tidak berlaku campurtangan juruterbang dalam peringkat seterusnya penerbangan itu," menurut laporan berkenaan.

Pesawat MH370 bersama 239 orang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

JACC berkata keterangan terbaik yang diperoleh berhubung lokasi pesawat itu adalah berdasarkan apa yang diketahui daripada komunikasi satelit terakhir dengan pesawat berkenaan.

"Komunikasi satelit terakhir dengan pesawat itu menunjukkan kemungkinan besar ia sedang dalam kadar penurunan yang tinggi di kawasan yang dikenali sebagai lengkok ke-7. Ini sememangnya konsensus Kumpulan Kerja Strategi Pencarian," menurut laporan itu.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa Malaysia, China dan Australia akan menangguh dan bukan menamatkan pencarian MH370 yang hilang itu sebaik sahaja selesai meliputi kawasan keutamaan pencarian seluas 120,000 km persegi.

Sehingga kini, pencarian meliputi kawasan lebih 110,000 km persegi.

Tags / Kata Kunci: MH370 , Simulator , JACC , FBI

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan