AIM Sediakan Dana RM1 Juta Kepada Organisasi Jalankan Projek Sosial

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2016 11:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Berita baik untuk organisasi-organisasi  sosial (SPOs) yang melaksanakan usaha-usaha intervensi sosial - Agensi Inovasi Malaysia (AIM) menyediakan dana RM1 juta untuk tujuan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif AIM, Mark Rozario mengumumkan bahawa kempen dikenali sebagai Perkongsian Sosial Awam-Swasta (Sosial PPP): Merapatkan Jurang bertujuan  membantu SPOs mencadangkan idea-idea dan penyelesaian baharu yang berkepentingan sosial.

"Selalunya, organisasi sosial sukar mencetuskan idea-idea untuk membuahkan hasil. Jadi kami memperkenalkan pendekatan lebih bersepadu untuk inovasi sosial bagi menangani cabaran sosial dalam cara yang boleh dibandingkan dengan pelaburan yang merentasi sektor.

Melalui kempen ini, SPOs yang mempunyai idea, atau mungkin telah melaksanakan usaha intervensi sosial akan diberikan dana yang sepadan dengan dana mereka yang sedia ada," kata Rozario pada pelancaran program itu pada sambutan Rumah Terbuka Hari Raya di sini, Khamis.

Selain geran RM1 juta itu, Rozario berkata, AIM juga akan menyediakan program pembangunan kapasiti kepada SPOs dikenali sebagai Social Impact Measurement Toolkit (SIMT) untuk mengukur impak.

Sosial PPP, model perkhidmatan sosial baharu untuk perkongsian sektor kerajaan dan swasta membangunkan projek sosial telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai tahun lepas. 

Najib, dalam ucapannya berkata Sosial PPP boleh digambarkan sebagai model perkhidmatan sosial yang memanfaatkan kekuatan kerajaan, sektor swasta dan pelbagai organisasi sosial untuk menangani jurang sosial.

Sementara itu, Rozario berkata geran minimum sebanyak RM5,000 dan maksimum RM50,000 akan diberikan jika SPO dapat meningkatkan jumlah setara dari sektor swasta, dan RM100,000 geran sepadan kepada SPOs yang bekerja bersama-sama.

"Keutamaan diberikan kepada cadangan intervensi sosial yang menggunapakai konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) berimpak tinggi, kos rendah dan dapat dilaksanakan dengan cepat," katanya.

SPOs yang berminat mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) atau Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan Malaysia dan/atau memiliki lesen operasi yang sah dari pihak berkuasa tempatan.

SPOs yang berminat boleh melayari www.ureka.my untuk maklumat lanjut.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: AIM , SPOs , Mark Rozario

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan