Abang Brian Harap 'Anak-Anak Malaysia Walk' Mampu Galakkan Perpaduan, Persefahaman

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2016 9:53 AM

Brian Chen lebih dikenali sebagai Abang Brian di kalangan pendengar Suria FM.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Celoteh dan gaya percakapannya di radio tak ubah seperti seorang penyampai radio Melayu.

Menjadi satu-satunya penyampai berbangsa Cina di stesen radio Suria FM, tidak hairanlah mengapa Abang Brian begitu menonjol di stesen radio tersebut.

Kefasihan Brian Chen, anak kelahiran Batu Pahat ini bertutur dalam bahasa Melayu membuatkan mereka yang pertama kali mendengar segmennya di radio menganggap beliau adalah seorang deejay Melayu.

Berusia 30 tahun, Abang Brian sudah terbiasa dengan soalan tentang bagaimana beliau dapat menyesuaikan diri di stesen radio Melayu.

"Saya tak suka jawab soalan ini, kerana bagi saya kita semua rakyat Malaysia, satu-satunya perbezaan kita adalah bahasa," katanya sambil menambah beliau mengasah kemahiran bahasa Melayunya ketika dikelilingi oleh rakan pelbagai kaum di Batu Pahat.

Dikenali sebagai Abang Brian oleh pendengar Suria FM, Chen menerajui rancangan Ceria Suria dari pukul 10 pagi hingga 1 tengahari, setiap hari.

Beliau juga tidak berasa ganjil atau ketinggalan apabila bekerja di stesen radio Melayu.

"Rakan-rakan di Suria FM memberi sambutan menggalakkan apabila saya mula-mula menyertai stesen radio ini. Saya juga menjadi penyampai yang paling muda, tetapi penyampai yang lebih tua sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya," katanya.

Peminat Chen dapat bertemu beliau di acara larian 'Anak-Anak Malaysia Walk 2016' yang akan diadakan pada 14 Ogos ini.


Mengesahkan penyertaannya, Chen berharap ia dapat meraikan kepelbagaian di Malaysia dan menggalakkan kesederhanaan, perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat.

"Pada asasnya, kesederhanaan adalah asas negara ini. Jika kita tidak bersederhana, kita tidak akan melihat negara kita yang ada pada hari ini. Anak-Anak Malaysia Walk adalah satu permulaan yang baik, tetapi kesederhanaan perlu diamalkan seumur hidup," katanya.

Chen, yang juga antara lapan finalis rancangan realiti TV Masterchef Malaysia berkata salah satu perkara yang menyatukan rakyat Malaysia adalah makanan.

"Di Suria FM, kami selama adakan majlis makan-makan bersama dengan konsep 'pot luck' dan makanan yang dibawa bukan sahaja terdiri daripada makan Melayu, Cina atau India tetapi seluruh Malaysia," katanya.

Chen juga mengajar di sebuah sekolah memasak untuk kanak-kanak di Desa Sri Hartamas, KL.

"Mereka juga terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang berbeza, tetapi mereka tidak melihat ini sebagai perbezaan kerana mereka gembira bersama-sama," kata beliau sambil menambah kanak-kanak ini seharusnya menjadi contoh kepada orang dewasa.

Acara jalan kaki sejauh 3.4km ini akan diadakan di Bukit Bintang City Centre, bermula dari persimpangan Jalan Imbi dan Jalan Pudu, di tapak bekas Penjara Pudu. Acara pelepasan akan dilakukan oleh oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

#AnakAnakMalaysia Walk dianjurkan oleh Star Media Group dengan kerjasama EcoWorld. Penaja lain untuk acara tersebut termasuklah Penaja Kereta: Proton, Penaja Emas: Panasonic dan Penaja Perak: Tenaga Nasional dan YES.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan