Sultan Johor Nafi Keluar Kenyataan Berkaitan Najib

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 5:53 PM

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menafikan mengeluarkan kenyataan berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana didakwa di dalam sebuah blog dan membidas tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu yang menyalahgunakan nama baginda untuk membuat ulasan mengenai politik.

Sultan Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa Istana Johor mengekalkan pendirian tegas berkecuali berhubung perkara berkaitan politik negara.

Baginda bertitah perkara itu sampai ke perhatiannya apabila tersebar satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab di laman media sosial bertajuk ‘Terkini Ringgit Jatuh RM4.4’.

"Saya memandang ia sebagai bersifat memfitnah, satu perlakuan yang mengaibkan, mencalar maruah dan patut dikecam.

"Kebelakangan ini, terdapat beberapa kenyataan yang tidak wajar tersebar di laman media sosial, yang memberikan gambaran bahawa pernyataan-pernyataan tersebut dikeluarkan oleh ahli-ahli Keluarga DiRaja Johor," kata baginda dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Rabu.

Baginda memberikan contoh pada minggu lalu bahawa seorang wanita muda dari Batu Pahat telah menyebarkan khabar angin di media sosial mendakwa Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah menitahkan larangan ke atas 'solat' dan laungan 'azan'.

Sultan Ibrahim menyifatkan tindakan wanita itu sebagai publisiti murahan yang amat menyakiti dan mendukacitakan Raja Zarith Sofiah.

Baginda bertitah keluarga DiRaja itu menggunakan media sosial sebagai perantara untuk mendekati dan berhubung dengan warga Bangsa Johor.

Justeru, Sultan Ibrahim menitahkan supaya pengguna media sosial memeriksa sumber sesuatu perkara yang dimuatnaik dalam memastikan kesahihannya.

"Jangan mengikut pandangan ramai secara membuta tuli dan mempercayai serta menyebarkan pernyataaan yang jelas salah, dan daripada sumber-sumber yang ternyata tidak boleh dipercayai.

"Sebarang kenyataan yang dikeluarkan mana-mana ahli Keluarga DiRaja Johor, hanya akan dilakukan melalui laman rasmi akaun Facebook kami," katanya.



iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan