Shafie Tolak Umno, Mahu Bebas Bela Nasib Rakyat Sabah

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas naib presiden Umno yang digantung dan kemudiannya mengumumkan keluar parti itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui keputusannya itu dibuat apabila merasakan peranannya sebagai pemimpin kanan dipandang ringan.

Ahli Parlimen Semporna itu bagaimanapun berkata, beliau tidak mahu menoleh lagi dan kini bersedia untuk meneruskan perjuangannya untuk rakyat Sabah dan di peringkat nasional.

“Apa guna saya tunggu, selepas digugurkan daripada jemaah menteri, sudah satu tahun saya tunggu dalam Umno.

“Peranan saya dalam parti itu (dipandang) sambil lewa sahaja, saya naib presiden, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi semua ahli diberi peranan masing-masing, tapi saya duduk tengok saja, dengar saja,” katanya dalam satu temubual di kediamannya, di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu juga memaklumkan mempunyai perancangan sendiri, khususnya dalam memperjuangkan hak rakyat Sabah dan hanya akan ‘memasang payung bila hari hujan’.

Namun beliau menegaskan untuk tidak sesekali menyertai mana-mana parti walaupun ramai yang menawarkan tempat untuknya, termasuklah parti baharu yang ditubuhkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bila sampai waktunya. Macam orang kata bila ada hujan baru saya pasang payung.

“Tapi saya tidak akan ikut mana-mana parti. Saya sekarang mahu bebas, parti bebas. Dulu saya jaga disiplin, ramai jemput saya, Tun M pun panggil saya, tapi saya elak daripada sertai mereka,” katanya.

Shafie bagaimanapun menjelaskan kehadirannya di majlis anjuran parti lain atau berkongsi pentas dengan pembangkang tidak bererti beliau akan menyertai mereka.

Mengulas lanjut mengenai kekuatannya untuk meraih sokongan sekiranya parti baharu ditubuhkan, Shafie mengakui bahawa ia bergantung kepada rakyat Sabah.

Katanya, seperti ketika beliau bersama Umno, hak-hak rakyat Sabah akan terus diperjuangkan, termasuk dari segi kuasa autonomi.

“Isu keluar dari Sabah tidak akan berbangkit, saya tak akan perjuangkan ini. Saya akan perjuangkan hak-hak rakyat Sabah, itu pasti,” katanya.



iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan