Pua Luah Kekecewaan Terhadap 'Rakan' Politik

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 4:38 PM

tony pua

Tony Pua.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menggunakan laman media sosial untuk meluahkan kekecewaannya dalam politik terhadap individu yang dipanggil 'rakan'.

"Kadang kala, anda tertanya-tanya jenis rakan yang anda miliki. Apabila mereka berada dalam krisis, anda menyokong mereka.

"Kemudian pada suatu ketika di mana kami akan menghargai sokongan mereka, mereka membocorkan segala-galanya kepada media terlebih dahulu, meninggalkan anda dalam keadaan telanjang sepenuhnya.

"Atau mengumumkan kepada seluruh dunia secara terbuka sebelum mereka berbincang dengan kami terlebih dahulu," kata Pua dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada petang Rabu.

Komen ringkas yang penuh tanda tanya itu dipercayai ada kaitan dengan rakan sekutu mereka dalam Pakatan Harapan, PKR kerana tidak menyokong pilihan raya mengejut di Pulau Pinang dengan menyatakan bahawa mereka masih belum yakin dengan tujuan tersebut.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani, mesyuarat secara sebulat suara memutuskan bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut.

Sementara itu, Amanah menyokong cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

Pada Rabu, Lim menyatakan DAP bersedia memberi 'tempoh munasabah' kepada PKR untuk membuat keputusan tetapi menegaskan keputusan itu tidak boleh ditangguhkan.

Tags / Kata Kunci: Tony Pua , pilihan raya mengejut

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan