PRN Mengejut: Keputusan Tak Boleh Dilambatkan - Guan Eng

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 2:30 PM

Lim Guan Eng.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: DAP sedia memberikan masa yang munasabah kepada PKR untuk membuat keputusan mengenai pilihan raya mengejut di Pulau Pinang, tetapi keputusan itu tidak boleh dilambatkan.

Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng bagaimanapun berharap DAP tidak perlu menunggu terlalu lama berhubung keputusan PKR.

"Biarlah rasional. Kalau kita cakap tahun depan, ia memang tidak munasabah.

"Anda tidak boleh tetapkan tempoh masa, tetapi jika anda cakap mengenai tahun depan, maka adalah mustahil ketika ini.

"Bila kita bercakap tentang pilihan raya, ia perlu dilakukan dengan segera. (Ia) tidak boleh dilambatkan melainkan keadaan baharu yang terjadi atau terdapat perubahan," kata Lim ketika ditanya mengenai "masa yang munasabah".

Persoalan sama ada pilihan raya mengejut akan diadakan di Pulau Pinang masih tidak terjawab apabila PKR masih belum yakin dengan cadangan parti sekutunya, DAP.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pendapat masyarakat awam dan wakil rakyat parti itu.

Beliau berkata, perutusan akan dihantar kepada kepimpinan DAP bagi menjelaskan pendirian parti itu.

Amanah, rakan ketiga dalam Pakatan Harapan, menyokong cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan