Dakwaan Guling PM: Asas Laporan Naib Ketua Pemuda Umno Diteliti

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 12:33 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mahu meneliti asas laporan polis yang dibuat Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berhubung dakwaan terdapat konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, sebelum melaksanakan langkah seterusnya, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Laporan yang dibuat terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ketua Polis Negara berkata, pihaknya belum merakamkan kenyataan pengadu.

"Kita mahu tahu asas laporan itu terlebih dahulu.

"Kita masih belum memanggil ketiga-tiga individu untuk disoal siasat," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Dilaporkan, Naib Ketua Pemuda Umno itu membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi, mendakwa tiga individu tersebut dipercayai terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Menurut laporan itu, mereka didakwa telah memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi luar termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Khairul menggesa pihak polis untuk menyiasat perkara itu dengan teliti.

Beliau turut mendakwa bahawa dokumen-dokumen palsu telah dikemukakan dan maklumat telah dimanipulasi untuk memenuhi agenda mereka.

Zeti dan Abu Kassim berkata, mereka sedang berunding dengan peguam berhubung dakwaan konspirasi yang dibuat Khairul Azwan, manakala Gani menyifatkan laporan polis itu hanyalah muslihat untuk mencari publisiti. 

Tags / Kata Kunci: Khairul Azwan Harun

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan