PKR Pinggir DAP Dalam Pilihan Raya Lepas, Kata Syerleena Kepada Fahmi

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 11:52 AM

Syerleena Abdul Rashid.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemimpin DAP kebangsaan tidak dimaklumkan PKR mengenai pilihan raya lalu, kata Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP, Syerleena Abdul Rashid.

Dalam satu kenyataan yang ditujukan kepada Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, Syerleena berkata, partinya hanya mengetahui pilihan raya kecil (PRK) apabila perkara itu disiarkan di media dalam talian.

"Saya ingin memperbetulkan kenyataan Fahmi mengenai DAP telah dirunding berhubung pengumuman PKR bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, kerusi Parlimen Permatang Pauh atau DUN Kajang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu, sambil menambah bahawa Fahmi boleh mengesahkan mengenai dakwaan Syerleena dengan jawatan tertinggi dalam kepimpinan PKR.

Pada Isnin, Fahmi berkata, dua PRK Permatang Pauh pada 2008 dan 2015, tertumpu kepada ketua umum PKR, dan PKR telah berunding dengan DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain pada 2014 mengenai PRK Kajang.

Beliau berkata, ketiga-tiga contoh yang dibangkitkan Lim Guan Eng adalah PRK yang melibatkan satu kerusi di mana penyandangnya adalah PKR dan implikasi serta-merta adalah kepada PKR sendiri.

Syerleena bagaimanapun merujuk kepada PRK Kajang yang bukan hanya untuk satu kerusi, kerana ia turut melibatkan pertukaran Menteri Besar Selangor.

"Ia merupakan implikasi yang besar, hampir besar menyamai mengadakan pilihan raya negeri," katanya.

Syerleena yang juga ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendakwa walaupun tidak dirunding terlebih dahulu, tetapi DAP tidak membuat sebarang kekecohan malah sebaliknya memberikan sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi kepada keputusan kepimpinan PKR demi perpaduan dan solidariti Pakatan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan