Pilihan Raya Mengejut: PKR 'Belum Yakin', Hantar Delegasi Jumpa DAP

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 1:00 AM

Wan Azizah Wan Ismail.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persoalan sama ada pilihan raya mengejut akan diadakan di Pulau Pinang masih tidak terjawab apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum yakin dengan cadangan parti sekutunya, DAP.

Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu bersedia meneruskan perbincangan dengan rakan parti dalam Pakatan Harapan berhubung perkara tersebut.

"Selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani, mesyuarat secara sebulat suara memutuskan bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut.

"PKR akan menghantar satu delegasi pimpinan tertinggi parti untuk menerangkan pendirian ini kepada pemimpin DAP dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini, Selasa malam.

Turut dilihat hadir pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Khas itu adalah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung serta Naib Presiden Rafizi Ramli.

Mesyuarat bermula pukul 9 malam dan berakhir kira-kira pukul 11 malam.

Dr Wan Azizah berkata sebagai rakan politik, PKR akan terus bersama berjuang mempertahankan mereka yang dianiayai termasuk kes Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan lain untuk bangkit menentang Umno dan Barisan Nasional.

"PKR beranggapan bahawa dakwaan terhadap Lim Guan Eng adalah bermotif politik.

"Mesyuarat juga telah membangkitkan beberapa persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan pilihan raya negeri Pulau Pinang," katanya.

Pada Isnin, Guan Eng dalam satu forum awam oleh kerajaan negeri memaklumkan bahawa Amanah telah bersetuju untuk pilihan raya mengejut diadakan.

Ketua Penerangan Amanah, Khalid Samad pada Selasa berkata walaupun terbabit dalam dakwaan rasuah, banyak faktor yang berpihak kepada Pakatan Harapan sekiranya pilihan raya diadakan sekarang.

Rabu lepas, Guan Eng memberitahu  bahawa DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan Amanah) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengenai PRN itu.

Cadangan mengadakan PRN itu berikutan tuduhan rasuah terhadap Guan Eng.

Tags / Kata Kunci: PKR , DAP , Pilihan Raya Mengejut

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan