'Masalah' Selangor Juga Perlu PRN Mengejut - Wakil BN

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 1:53 PM

Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Selangor juga perlu mengadakan pilihan raya mengejut sejajar dengan Pulau Pinang bagi menyelesaikan masalah yang melanda kerajaan negeri, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Beliau berkata, adalah jelas bahawa sokongan terhadap Pakatan Harapan di Selangor semakin menurun.

"Apa yang berlaku di Sungai Besar (pilihan raya kecil) merupakan petunjuk yang baik bahawa Pakatan perlu mendapatkan mandat baharu bagi meneruskan pentadbiran di negeri ini," katanya.

Mat Nadzari yang juga Penyelaras Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, perbalahan dalaman dalam Pakatan Harapan serta 'pengusiran' PAS dari pakatan itu menunjukkan pilihan raya mengejut perlu diadakan.

"Jika Pulau Pinang boleh minta ia (pilihan raya mengejut) diadakan, Selangor yang lebih banyak masalah patut melakukan perkara sama," tambahnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya mengejut.

"Tidak ada perbincangan pun mengenai perkara ini," kata Azmin dalam satu majlis di Taman Melawati.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Setiausaha Politik Azmin iaitu Mat Shuhaimi Shafiei berkata, Barisan Nasional juga perlu menggesa pilihan raya mengejut diadakan di Kedah dan Terengganu berikutan konflik dalaman di kedua-dua negeri yang jauh lebih serius.

"Adakah mereka sedia untuk melakukannya?" soal Mat Shuhaimi.

DUN Selangor terdiri daripada 14 kerusi DAP, PKR (13), PAS (13), Umno (12) dan Bebas (2). 

Tags / Kata Kunci: Mat Nadzari Ahmad Dahlan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan