Dakwaan Guling PM Satu Muslihat Publisiti - Gani Patail

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 8:28 AM

Abdul Gani Patail

Gambar fail Abdul Gani Patail.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menyifatkan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.     

"Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas.   

"Percubaan membunuh perwatakan akan hanya mencetuskan tindak balas dan melemahkan kerajaan pada jangka panjang," katanya kepada Bernama

Abdul Gani selanjutnya menegaskan beliau sentiasa bertindak profesional dalam menjalankan tugas dan akan terus bertindak sedemikian dalam setiap usaha masa hadapannya.  

Beliau menyatakan demikian menerusi whatsapp'nya bila diminta mengulas mengenai laporan bahawa Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun telah membuat laporan polis terhadap beliau; bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz; dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed. 

Dalam laporan itu, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terlibat dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.  

Pada 27 Julai, 2015, perkhidmatan Abdul Gani selaku Peguam Negara ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan. 

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara baharu, berkuatkuasa 27 Julai tahun lepas. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Abdul Gani Patail

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan