Lahad Datu: Di Manakah Keadilan? - Balu

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 9:49 AM

Noor Aziah, yang merupakan salah seorang balu kepada anggota polis yang terkorban dalam insiden pencerobohan kumpulan lelaki bersenjata Sulu di Lahad Datu.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Balu kepada anggota polis yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu menyifatkan hukuman penjara seumur hidup ke atas sembilan penceroboh tidak mencukupi.

Guru, Noor Aziah Noor, 31, berkata, walaupun menerima keputusan Mahkamah Tinggi itu, dia merasakan hukuman tersebut terlalu ringan untuk jenayah yang dilakukan oleh kumpulan penceroboh itu.

"Suami saya dan anggota polis yang lain terkorban kerana mereka semua (penceroboh) hanya dipenjara seumur hidup manakala yang lain telah dibebaskan," kata Noor Aziah, yang kehilangan suami, Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat yang merupakan salah seorang daripada dua anggota polis pertama terbunuh dalam serangan kumpulan lelaki bersenjata di Tanduo.

"Dalam lubuk hati saya, saya hanya tertanya-tanya di manakah keadilan?" tambah Noor Aziah.

Bagaimanapun tambah Noor Aziah, apa sahaja hukuman yang diputuskan mahkamah, ia tidak dapat mengubah apa-apa buat dirinya dan tiga anak lelaki, berusia antara tiga dan lapan tahun. 

"Kami masih cuba untuk meneruskan kehidupan... saya tanpa suami dan anak-anak kami tanpa ayah," katanya.

Marlina Utan, isteri kepada Allahyarham Koperal Salam Tugiran terbunuh di Kampung Simunul, Semporna turut kecewa.

"Kami amat bimbang dan begitu takut, sama ada orang-orang ini akan dibebaskan kerana kami tidak tahu apa yang mereka mampu lakukan," katanya.

"Mendapat tahu terdapat beberapa individu didapati tidak bersalah dan beberapa yang lain dihukum penjara kurang 20 tahun hanya mengecewakan saya," kata pemilik kedai dan ibu kepada empat anak itu.

Kata Marlina, dia tidak mempunyai pilihan tetapi perlu menerima apa yang telah diputuskan mahkamah.

"Saya dan anak-anak masih merasai kehilangan suami. Kami cuba untuk meneruskan kehidupan tetapi ia amat sukar bagi kami.

"Keputusan mahkamah tidak membantu memudahkan kami," kata Marlina yang menjalani kehidupan bersama empat anaknya berusia antara lima dan 19 tahun.

"Mereka (anak) adalah kekuatan saya. Saya tidak tahu adakah saya dapat mengharunginya tanpa mereka," ujar Marlina.

Selain Zulkifli, antara anggota pasukan komando VAT 69 yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan lelaki bersenjata Sulu ialah Sarjan Sabaruddin Daud, 46. 

Salam merupakan antara enam anggota polis yang dibunuh lelaki bersenjata di Kampung Simunul. Mereka yang lain ialah ACP Ibrahim Lebar, 52, ASP Michael Padel, 36, Sjn Abdul Aziz Sarikon, 48, L/ Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27 dan Sjn Baharin Hamit, 49.

Turut terkorban dalam pertempuran itu adalah anggota tentera Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 27.

Pada Selasa, sembilan tertuduh dalam kes pencerobohan Lahad Datu terselamat daripada tali gantung dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. 

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan