Selena Gomez Pilih Pakaian Hormati Budaya Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2016 9:04 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Berbaju lengan panjang dan berseluar panjang warna hitam menjadi pilihan bintang pop Amerika, Selena Gomez bagi menghormati budaya dan agama di Malaysia.

"Pakaian baharu bagi menghormati budaya dan agama di Malaysia," menurut 'tweet' di Selena Gomez News @SelenaHQ yang dimuat naik pada Isnin malam semasa bintang itu menghiburkan ribuan peminatnya di konsert di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam.

Gomez yang julung kali mengadakan persembahan di Malaysia, menyampaikan beberapa lagu popularnya seperti Good For You, Hands To Myself and Same Old Love, as well as old favourites, Who Says dan Love You Like A Love Song.

Konsert Gomez pada Isnin malam merupakan lokasi kedua progam jelajah di Asia 'Revival World Tour' bagi mempromosikan album terbaharu.

Penganjuran konsert itu mendapat bantahan daripada PAS, dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, sebelum ini meminta semua masjid dan surau di Selangor mengadakan solat hajat bagi memohon konsert Selena Gomez dibatalkan.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS, Hafez Sabri sebelum ini menyuarakan bantahan terhadap penganjuran konsert penyanyi itu yang dianggap mencemarkan kemuliaan Syawal.

Hafez dalam satu kenyataan juga dilaporkan berkata, kedatangan Selena Gomez dianggap menghidupkan budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda di negara ini.


Tags / Kata Kunci: Selena Gomez

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan