Seorang Inspektor Penjara Didakwa Minta Rasuah Ditahan SPRM

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2016 8:15 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang Inspektor Pusat Koreksional Perlis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis pada Isnin atas dakwaan meminta rasuah bersabit kes seorang tahanan Akta Dadah Merbahaya.  

Pengarah SPRM Perlis, Yaacob Angah dalam satu kenyataan media lewat Isnin berkata, inspektor berumur 33 tahun itu didakwa meminta suapan RM20,000 bertujuan mempengaruhi mahkamah untuk melepaskan anak seorang awam bersabit kes tersebut. 

Kenyataan dua perenggan itu bagaimanapun tidak menjelaskan di mana Inspektor tersebut diberkas tetapi menjelaskan pegawai lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. 

Anak orang awam yang ditahan itu didakwa mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan