Pilihan Raya Mengejut: Amanah Setuju, DAP Hanya Tunggu Keputusan PKR

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2016 12:07 AM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan sokongannya terhadap cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata parti baharu dalam gabungan Pakatan Harapan itu telah bersetuju untuk bertanding pada pilihan raya negeri Pulau Pinang sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

"Sekarang ini hanya tinggal PKR. Kami berharap pemimpin mereka akan membuat keputusan untuk menyokong usaha tersebut pada Selasa.

"Saya tahu PKR bimbang kehilangan kerusi. Kami juga bimbang.

"Tetapi masa depan Pulau Pinang akan menjadi cerah sekiranya kita mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat," katanya kepada orang ramai yang menghadiri taklimat awam kerajaan negeri bertajuk 'Masa Depan Pulau Pinang' di sini malam Isnin.

Presiden Amanah Mohamad Sabu, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu turut tampil di pentas tetapi tidak mengumumkan perkara itu.

Ditanya kemudian, Mat Sabu berkata beliau menjangkakan pengumuman itu akan dibuat pada Mesyuarat Majlis Presiden (MMP) Pakatan Harapan.

"Kami belum membincangkan pembahagian kerusi lagi. Kami akan menunggu keputusan PKR terlebih dahulu," katanya kepada pemberita.

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan