2,200 Tan Sampah Cemari Sungai Setiap Bulan

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 9:05 AM

Pekerja sedang membersihkan Sungai Batu di Selangor yang dicemari sampah-sarap. – ROYCE TAN/The Star

(Ubah saiz teks)

IPOH: Setiap saat seseorang membuang sampah ke saluran perairan dan purata 2,200 tan sampah dikumpul setiap bulan dari perangkap yang dibina merntasi sungai-sungai di negara ini.

Di Sungai Klang sahaja yang termasuk Sungai Gombak dan Sungai Batu, sejumlah 21 tan sampah dipungut setiap bulan.

Sampah dikumpul dari 11 perangkap sampah yang dibina merentasi sungai dan dari 500 perangkap pencemar kasar yang dipasang di dalam longkang untuk mengelak sampah daripada mengalir ke dalam sungai.

"Ini bermakna bahawa setiap hari, penduduk di sepanjang kawasan Sungai Klang membuahg kira-kira 700kg sampah ke dalam longkang dan Sungai," kata Naib Pengerusi Malaysian Water Partnership (MyWP), Datuk Hanapi Mohamad Noor.

"Walaupun pelbagai program dan kempen oleh pihak berkuasa termasuk 'Cintai Sungai Kita' yang dilancarkan lebih 10 tahun lalu, tidak banyak kemajuan dicapai.

"Kempen ini bertujuan mewujudkan kesedaran orang ramai dan kepekaan terhadap keperluan untuk memiliki sungai-sungai yang lebih bersih. Namun, tanggungjawab itu sentiasa ditinggalkan kepada pihak berkuasa tanpa sokongan daripada rakyat," katanya dalam satu temubual.

Hanapi yang juga bekas Pengarah Lembangan Sungai dan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata Sungai Klang bukan sungai paling tercemar tetapi masih penting kerana ia mengalir ke pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Rakyat Malaysia, katanya perlu memahami bahawa sampah dibuang di atas jalan raya atau tempat awam lain akan hanyut ke dalam longkang dan sungai selepas hujan.

Hanapi berkata dana yang mencukupi untuk tujuan penyelenggaraan parit dan pemeliharaan sungai sentiasa menjadi masalah.

Pembersihan sungai bukan program yang hanya boleh dilakukan sekali tetapi perlu dijalankan sepanjang tahun.

Beliau berkata, ini bermakna bahawa terdapat keperluan untuk memperuntukkan bajet tahunan kira-kira RM100 juta setahun bagi membersihkan sungai-sungai di Malaysia.

Bagi undang-undang, beliau berkata mereka sudah memadai untuk menangani tabiat membuang sampah tetapi masih kekurangan dari segi penguatkuasaan.

"Singapura dilihat berjaya mengekalkan persekitaran yang lebih bersih termasuk parit dan sungai kerana penguatkuasaan undang-undang yang ketat," katanya.

Di Malaysia, beliau berkata 97 peratus air digunakan untuk tujuan domestik, industri dan pengairan datang dari permukaan air di sungai-sungai dan takungan.

Hanapi memberi amaran bahawa bekalan air kepada pengguna akan terjejas jika sungai tercemar teruk kerana bahagian atas loji rawatan air dan operasi di loji tersebut perlu diturup kemudian.

Ini, katanya, telah berlaku beberapa kali di Sungai Langat, Selangor apabila pintu pengambilan bekalan air didapati tercemar dengan nitrogen ammonia.

"Jika lebih ramai orang menyedari bahawa air yang mereka minum datang dari sungai, mereka mungkin berfikir dua kali sebelum mencemarinya. Kos rawatan air boleh mencecah perbelanjaan yang amat tinggi. Ini juga boleh membawa kepada kenaikan tarif air," katanya.


Tags / Kata Kunci: pencemaran sungai , Sungai Klang

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan