Gerakan Mahu Tanding 13 Kerusi Pada Pilihan Raya Mengejut

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 11:53 PM

Datuk Mah Siew Kong

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Gerakan mengesahkan untuk bertanding di 13 kerusi jika pilihan raya mengejut Pulau Pinang diadakan pada bila-bila masa.

Presidennya Datuk Mah Siew Kong berkata parti itu yakin dapat mencatat keputusan lebih baik berbanding pilihan raya lepas kerana Gerakan banyak membangkitkan pelbagai isu berhubung kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

Sebelum ini, Naib Pengerusi Gerakan negeri Oh Tong Keong berkata parti itu akan bertanding di Batu Lancang, Sungai Pinang, Datuk Keramat, Padang Kota, Air Itam, Kebun Bunga, Pulau Tikus, Tanjung Bungah, Batu Uban, Pantai Jerjak, Bukit Tengah, Macang Bubuk dan Tambun jika pilihan raya mengejut itu diadakan.

Kawasan berkenaan adalah kerusi tradisi Gerakan pada pilihan raya sebelum ini, namun, Mah berkata kemungkinan ada perubahan jika parti komponen lain Barisan Nasional (BN) mahu bertukar kerusi.

"Kami akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu jika ia (pilihan raya mengejut) diadakan," katanya.

Mah, bagaimanapun enggan mendedahkan calon potensi Gerakan itu buat masa ini.

Keputusan berhubung pengagihan kerusi itu dibuat selepas mesyuarat tergempar parti berkenaan di ibu pejabat Gerakan negeri di Jalan Macalister semalam.

Sebelum ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan DAP negeri ini bersedia mengadakan pilihan raya negeri selepas mendapat isyarat daripada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan