Punca Kematian Bayi Difteria Masih Dalam Siasatan

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 1:03 PM

Muhammad Rusydi Rizky Amdin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan keputusan dua swab tekak yang dijalankan ke atas bayi yang meninggal dunia pada Ahad menunjukkan dia bebas jangkitan difteria selepas menerima rawatan antibiotik.

Atas sebab itu, kementerian tersebut berkata bedah siasat telah dijalankan terhadap bayi  berusia 11 bulan berkenaan untuk mengetahui punca sebenar kematiannya.

"Bedah siasat telah dijalankan dan penyebab kematian ini akan dimaklumkan setelah menerima laporan rasmi," kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada Ahad, Muhammad Rusydi Rizky Amdin meninggal dunia selepas dirawat selama seminggu.

Sementara itu, abangnya, Muhammad Haris Haikal, 2, meninggal dunia pada 21 Jun lalu juga akibat difteria.

Dr Hisham berkata memandangkan kes itu masih disiasat bilangan kes disahkan difteria masih kekal 24 kes termasuk lima kematian.

Katanya, kanak-kanak yang meninggal pada Ahad itu pernah dirawat sebagai kes difteria pada 21 Jun lalu.

Malah mangsa turut menerima rawatan antitoksin dan antibiotik yang lengkap.

"Keputusan dua swab tekak dua minggu selepas selesai rawatan antibiotik adalah negatif terhadap bakteria Corynebacterium diphtheriae," katanya.

Kanak-kanak itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga dibenarkan keluar hospital pada 20 Julai lalu dengan bekalan antibiotik untuk tempoh seminggu.

Pada awal pagi Ahad, ibu kanak-kanak itu mendapati anaknya tiada reaksi balas dan kebiruan lalu dikejarkan ke jabatan kecemasan tetapi gagal diselamatkan serta disahkan meninggal dunia.

Pihak kementerian telah mengadakan lawatan ke rumah keluarga itu dan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memberikan khidmat kaunseling dan sokongan yang sewajarnya.

Tags / Kata Kunci: difteria , bayi , KKM

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan