Rakyat Malaysia Hanya Makan Lima Kilo Buah Sebulan - Fama

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 5:52 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

JITRA: Penggunaan per kapita buah-buahan oleh rakyat di negara ini hanya 63 kilogram setahun, berbanding 400 kilogram yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut kajian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) ini bermakna, secara puratanya rakyat negara ini hanya makan buah-buahan lima kilogram sebulan, satu kilogram seminggu dan sehari hanya 120 gram.

Ketua Pengarah Fama Datuk Ahmad Ishak berkata, jumlah itu lapan kali ganda jauh lebih rendah berbanding saranan WHO dan Malaysia katanya turut ketinggalan jauh berbanding penggunaan perkapita negara-negara di Eropah dan Asia.

"Malah dalam Asia Tenggara, kita juga berada di belakang Singapura dan Thailand dari aspek penggunaan perkapita buah-buahan. Jika kita dapat sasar 120 kilogram, itu pun sudah memadai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan Peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Halim di sini Isnin.

Ahmad berkata, menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaaan, prevalen pengambilan buah dan sayuran setiap hari telah menurun daripada 7.5 peratus (2011) kepada 6 peratus (2015).

"Prevalen pengambilan sayur setiap hari dalam kalangan orang dewasa Malaysia turun daripada 13.7 peratus (2011) kepada 11.2 peratus pada 2015. Prevalen pengambilan buah-buahan turun daripada 15.5 peratus (2011) kepada 9.9 peratus pada 2015," katanya.

Justeru katanya, Fama kini giat mengadakan kempen makan buah-buahan tempatan bagi menggalakkan pengambilannya, dan sehingga kini katanya terdapat 564 gerai buah-buahan segar yang diusahakan 534 usahawan telah diwujudkan Fama.

Ini kerana menurut Ahmad, pada tahun 2015 sahaja negara mengimport sejumlah RM2 bilion setahun buah-buahan, antaranya epal, anggur, limau mandarin dan longan.

"Kita ada program ladang kontrak, yang kita telah buat setiap tahun dengan memberi jaminan kepada pengusaha yang tanam buah-buahan dan sayur-sayuran yang dipasarkan. Tahun lepas kita capai sasaran 7,000 hektar (dibangunkan) dan 4,000 petani terlibat dengan hasil 600,000 tan metrik melibatkan nilai hampir RM700 juta," katanya.

Kempen hari ini merupakan penganjuran kali kedua di negeri Kedah bertujuan menggalakkan pelajar mengambil buah-buahan sebagai pilihan hidangan harian selain pertandingan mewarna, pameran dan jualan buah-buahan segar serta ceramah kesihatan.
Tags / Kata Kunci: Fama , buah-buahan , WHO

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan