PM Sambut Hari Jadi Ke-63 Bersama Keluarga, Rakan

Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2016 12:27 PM

Per

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi menyambut hari jadinya yang ke-63 dengan menganjurkan majlis sederhana yang dihadiri keluarga dan rakan.

Melalui laman Facebook beliau, Najib memuat naik beberapa gambar sekitar sambutan hari jadinya di Seri Perdana bernotakan penghargaan kepada sahabat handai yang bersama meraikannya.

"Syukur pada malam tadi, ramai rakan-rakan jauh dan dekat hadir bersama menyambut hari lahir saya yang ke-63 dengan solat berjemaah dan mengimarahkan majlis agama di Seri Perdana.

"Kehadiran anda semua amat saya hargai. Terima kasih," katanya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Najib yang dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang adalah anak sulung kepada Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: pm-kek

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan