Namewee Sekali Lagi Permainkan Agama Dengan Muzik Video - Berita Semasa | mStar

Namewee Sekali Lagi Permainkan Agama Dengan Muzik Video

Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2016 10:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah, komposer dan penyanyi rap, Namewee sekali lagi mencetuskan kontroversi - kali ini dengan muzik video "Oh My God" yang dilihat menghina pelbagai agama.

Ketika menjelaskan mengenai klip itu, Namewee menerusi video berasingan berjudul "Tokok" berkata, dia sedar bahawa video berkenaan mungkin akan diharamkan di Malaysia.

Namun katanya, dia tetap mengambil keputusan untuk menyiarkannya bagi menggalakkan keharmonian agama.

"Perkara yang paling sukar ialah video itu mungkin akan diharamkan di Malaysia. Anda akan memahami selepas anda menonton muzik video itu.

"Kami hanya mahu menggalakkan keharmonian dalam semua agama. Banyak negara berhadapan isu-isu agama...ada juga beberapa negara yang mempunyai konflik berterusan tanpa perdamaian," katanya.

Namewee yang sebelum ini mempersendakan lagu Negaraku berkata, muzik video itu dirakamkan untuk membuka mata semua agama.

"Kami menggabungkan empat agama utama, ia adalah sesuatu yang jarang berlaku," katanya.

Klip empat minit yang diarahkan dan dihasilkan oleh Namewee menampilkan band Taiwan yang dikenali sebagai Nine-One-One.

Video itu bermula dengan azan, koir gereja dan pukulan gong meditasi Buddha serta loceng kuil Hindu.

Namewee kemudiannya menggunakan istilah seperti "Namo Amitabha," "Hallelujah", "Om Mani Padme Hum" dan "Allah".

Klip video yang dimuat naik di YouTube pada awal Ahad telah ditonton oleh 40,799 pengguna setakat ini.

Tags / Kata Kunci: Namewee
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan