DOJ: Kedudukan Najib Tidak Tergugat

Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2016 12:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedudukan politik Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tergugat walaupun saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) ke atas dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor media Singapura, The Strait Times.

Ia berkata, DOJ mendakwa mengaitkan dana 1MDB, bagaimanapun, tidak akan melemahkan pentadbiran di bawah pemerintahan Najib, kerana beliau mempunyai kedudukan yang teguh dalam Umno dan kawalan ke atas institusi Malaysia yang utama seperti agensi keselamatan.

Laporan pada Sabtu itu memetik pandangan firma penyelidikan sebagai berkata bagaimana pembangkang di negara ini telah berpecah-belah.

"Keselamatan Najib adalah kerana penentang di kalangan Pembangkang dan Umno tidak dapat bersama-sama untuk menyampaikan mesej yang koheren dan alternatif boleh dipercayai," kata Pengarah Pusat Merdeka, Ibrahim Suffian.

Dalam tempoh terdekat, tumpuan Najib adalah untuk mengukuhkan lagi kepimpinannya di negara ini, menurut laporan itu sambil menambah bahawa beliau dijangka meneruskan strategi 'stubborn ignorance' berhubung kejatuhan akibat kegagalan 1MDB.

"Ia merupakan strategi sejak awal dan ia berjalan dengan baik. Tiada sebab untuk berubah," kata seorang penyelidik kanan daripada sebuah badan yang menyediakan khidmat nasihat dan pandangan.

Najib memulakan 1MDB sejurus selepas menjadi perdana menteri pada April 2009 untuk melaksanakan pelaburan strategik di luar negara.

Bagaimanapun, menurut DOJ, seorang pegawai kanan kerajaan dan ahli perniagaan yang rapat dengan Perdana Menteri menggunakan dana tersebut sejak awal, menurut laporan itu.

Najib menafikan sebarang salah laku. Beliau menolak liputan media antarabangsa mengenai salah urus tadbir dan dakwaan penggubahan wang haram melalui dana 1MDB.

Pada Khamis lalu, Kerajaan memberitahu ia akan bekerjasama dengan AS dalam siasatan, tetapi menegaskan bahawa agensi kawal selia tempatan telah menjelaskan bahawa Najib tidak terlibat dalam sebarang salah laku dalam kes 1MDB.

Pada Rabu, DOJ memfailkan saman sivil untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyita hartanah bernilai lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) berkaitan 1MDB.

Seorang individu yang dinamakan dalam aduan rasmi oleh pendakwa raya AS adalah Riza Aziz yang juga anak tiri Najib.

Lain-lain yang dinamakan dalam saman itu termasuk ahli perniagaan terkemuka negara, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai 'Jho Low'.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan