MB Kedah Nafi Kerajaan Pusat Tidak Bantu Selesai Masalah Air

Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2016 6:10 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan dakwaan pihak pembangkang yang mendakwa Kerajaan Persekutuan tidak membantu kerajaan negeri dalam usaha untuk mengatasi masalah air di Kedah.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa bersedia membantu namun dalam  perkara ini bantuan yang akan diberikan adalah secara berperingkat kerana terdapat negeri-negeri lain yang turut memohon peruntukan.

"Bukan Kedah sahaja yang minta peruntukan, negeri-negeri lain juga ada minta peruntukan jadi kita kena tunggu giliran kerana bantuan bukannya datang sekali gus. Kalau nak kata tidak dapat bantuan, sebelum ini pun banyak bantuan yang telah kita dapat daripada Kerajaan Persekutuan," katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, pada Ahad.

Pada 20 Julai lalu, PAS Kedah dan Dewan Pemuda PAS Kedah telah menganjurkan  'Himpunan Derita Rakyat Kedah' berkenaan krisis air yang diadakan di hadapan loji rawatan air Kuala Nerang, antara lain mendakwa Kerajaan Pusat tidak memberikan peruntukan kepada Kedah dalam menangani krisis air di negeri ini.

Sementara itu, ditanya mengenai bantuan kerajaan negeri kepada mangsa-mangsa banjir, Ahmad Bashah berkata bentuk bantuan yang akan disalurkan belum diputuskan lagi dan perkara itu akan dibawa ke dalam mesyuarat exco akan datang.

"Kita masih melihat bentuk bantuan yang akan diberikan melalui Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) dan jumlah peruntukan juga akan ditentukan selepas mendapat jumlah sebenar mangsa banjir dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana mereka tahu berapa jumlah mangsa banjir yang terlibat.

"Selain itu, arahan telah dikeluarkan kepada pegawai daerah dan JKM daerah di Yan, Kuala Muda, Baling dan Pendang untuk bersedia sekiranya banjir berlaku lagi berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu. Walaupun banjir sudah surut, kita akan sentiasa pantau keadaan dari semasa ke semasa," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah menafikan dakwaan bahawa kesihatannya  semakin merosot setelah dilihat beberapa kali memasuki hospital.

"Saya sihat dan tujuan ke hospital adalah untuk menjalankan pemeriksaan susulan selepas menjalani pembedahan. Memang selepas pembedahan kena pergi buat rawatan susulan dan itu arahan daripada doktor yang lebih pakar," katanya.

Ahmad Bashah menjalani pembedahan kecil di Hospital Pulau Pinang pada 6 Jun lalu akibat komplikasi usus dan kembali bertugas pada 3 Julai lalu.

Beliau sebelum itu dimasukkan ke Kedah Medical Centre selepas pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Kedah pada 4 Jun lepas.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Bashah Md Hanipah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan