Kabali Sekadar Filem Fiksyen, Usah Cetus Kontroversi - Kamalanathan

Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2016 7:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Filem 'Kabali' dibintangi pelakon handalan filem Tamil, Rajinikanth hanya sekadar filem fiksyen yang perlu dilihat sebagai hiburan semata-mata dan sebarang kontroversi cuba dicetuskan tidak seharusnya berlaku, kata Anggota Majlis Tertinggi MIC Datuk P. Kamalanathan.

Kamalanathan yang menyaksikan tayangan perdana filem itu malam Khamis lepas, berkata beliau tidak bersetuju dengan dakwaan menyatakan kedudukan bangsa India diperlekeh menerusi skrip para pelakon filem itu, yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia.

"Ini filem fiksyen dan hanya diambil sebagai cerita. Kebenarannya, kerajaan mengambil pelbagai inisiatif menambah baik masyarakat India dan agenda memartabatkan dan memperkasa pembangunan masyarakat India akan diteruskan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Pertandingan Tendangan Penalti anjuran Persatuan Sinergi Malaysia (SINERGI) di sebuah padang bola sepak di Bestari Jaya, di sini pada Ahad.

Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Melayu hari ini, yang antara lain melaporkan dialog Rajinikanth dalam filem itu mengecewakan apabila mendakwa bangsa India di negara ini ditindas oleh kaum-kaum lain.

Kamalanathan yang juga timbalan menteri pendidikan berkata masyarakat India perlu sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional membuat yang terbaik untuk masyarakat itu termasuk membina sekolah-sekolah baharu bagi mereka.

Dalam perkembangan lain, Kamalanathan mencadangkan agar Pertandingan Tendangan Penalti yang julung kali diadakan oleh SINERGI, diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang.

Beliau turut memuji pasukan sukarelawan SINERGI apabila menempa nama dalam Malaysia Book of Records hari ini atas inisiatif mengusahakan dan mencipta Piala Tertinggi di Malaysia iaitu setinggi 4.8 meter yang menjadi ikon negara bagi semua kategori sukan dan permainan.

Piala itu yang diberi nama Piala SINERGI diperbuat daripada logam yang disadur dengan perak, kayu, besi dan aluminium mencecah hampir separuh daripada ketinggian Piala Tertinggi di Dunia yang direkodkan dalam Guinness World Records pada 2015 di India.

Tags / Kata Kunci: Kabali , Rajinikanth

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan