Malaysia Pandang Serius Saman Sivil DOJ - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 9:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memandang serius tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman pelucutan hak sivil yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).   

Beliau berkata Malaysia menyambut baik usaha DOJ Amerika Syarikat dalam memerangi rasuah antarabangsa dan menggesa semua pihak terlibat supaya memberi kerjasama sepenuhnya supaya proses undang-undang dapat dilaksanakan.

Katanya Malaysia, sebagai anggota bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat global, menghormati proses perundangan bagi bidang kuasa yang berbeza dan kekal komited sepenuhnya dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.   

"Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ini adalah selaras dengan komitmen kami untuk menggalakkan tadbir urus yang baik, terutamanya dari segi ketelusan dan akauntabiliti.   

"Dalam kapasiti saya sebagai Menteri Dalam Negeri, saya boleh mengesahkan bahawa siasatan itu masih dijalankan dalam negara oleh pihak berkuasa yang berkaitan terutamanya Polis DiRaja Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

DOJ Amerika Syarikat telah menfailkan saman sivil itu bagi mendapatkankembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB, yang didakwa diselewengkan.        

Ahmad Zahid menegaskan bahawa mana-mana individu atau syarikat Malaysia yangdidapati terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang di mana-mana sahaja di dunia, bakal berdepan dengan tindakan perundangan. 

Menurutnya kerajaan Malaysia komited menyelesaikan isu itu sepenuhnya dankeutamaan diberikan kepada usaha menegakkan keadilan bagi memastikan kepentingan rakyat dilindungi sepenuhnya.   

"Apa yang lebih penting ialah kita tidak boleh membiarkan diri kita terjejas dengan tindakan undang-undang itu.

"Rakyat Malaysia perlu terus bersatu dan memberi tumpuan dalam menghadapi cabaran yang mendepani negara kita sama ada di tanah air atau di luar negara. Saya yakin, kita dapat mengatasi masalah 1MDB tidak lama lagi," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , DOJ , 1MDB

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan