Najib Garis Tiga Nilai Utama Diterap Dalam Sistem Pendidikan Negara

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 8:42 AM

Najib (dua, kanan) menyerahkan dana terkumpul sebanyak RM10.08 juta kepada Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan, Tan Sri Pheng Yin Huah (dua, kiri) pada majlis pengumpulan dana pembinaan fasa kedua sekolah berkenaan di Dewan Menara Hua Zong malam Jumaat. Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (kiri). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terdapat tiga nilai penting yang perlu diterapkan dalam sistem pendidikan negara sama ada di sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan.

Perdana Menteri berkata kesederhanaan harus menjadi perkara pertama diamalkan di sekolah-sekolah bagi memastikan keharmonian pelbagai kaum, agama dan bangsa di negara ini dapat dikekalkan.

"Kita mesti memberi penekanan kepada kesederhanaan. Kerana kalau kita pilih jalan pertengahan (kesederhanaan), iaitu tidak ekstrem, tidak terlalu liberal, maka negara kita akan sentiasa aman dan harmoni," katanya semasa berucap pada Majlis Pengumpulan Dana untuk Pembinaan fasa kedua Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan di sini, malam Jumaat.

Menurut Najib nilai kedua adalah sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain.

"Kita mesti percaya kepada prinsip saling menghormati. Kita jangan menidakkan orang lain atau menghina orang lain. Kita tidak seharusnya memandang rendah atau menghina mereka. Jika kita saling menghormati, orang lain akan turut menghormati kita," katanya.

Najib seterusnya berkata perkara ketiga adalah mengekalkan semangat patriotisme dan menunjukkan rasa cinta kepada negara.

Mengenai pengiktirafan kepada Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Najib berkata beliau telah meminta menteri-menteri daripada MCA dan parti komponen Cina yang lain dalam Barisan Nasional (BN) untuk meyakinkan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk pengiktirafan itu.

"Saya dimaklumkan perbincangan berjalan lancar setakat ini. Kami harap tidak lama lagi, kami boleh membuat keputusan berdasarkan semangat BN," kata beliau.

Pada majlis itu, perdana menteri turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM2 juta untuk pembinaan fasa kedua Sekolah Menengah Chong Hwa, Kuantan.

"Pada fasa pertama dahulu, ia berjaya mengumpul RM30 juta untuk pembinaan. Malam ini mereka menyasarkan kutipan sumbangan RM10 juta lagi," katanya.

Sekolah Menengah Chong Hwa, Kuantan yang diluluskan sebagai institusi pendidikan swasta pada 26 Julai 2012 merupakan sekolah menengah persendirian pertama di Pahang. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , sistem pendidikan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan