Tabung Haji Akan Bermesyuarat Bincang Soal Kuota Tambahan

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

YAN: Tabung Haji akan bermesyuarat bagi membincangkan soal tarikh yang sesuai untuk merayu dan menerima kuota tambahan jemaah haji sekiranya diberikan kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata berdasarkan pengalaman lalu, penawaran kuota tambahan oleh kerajaan Arab Saudi dibuat pada saat-saat akhir menyebabkan timbul kesulitan di peringkat Tabung Haji dan jemaah haji sendiri. 

"Saya sudah panggil pihak Tabung Haji untuk cari satu tarikh tetap yang sesuai untuk rayuan kita diputuskan sebab saya melihat berdasarkan pengalaman lalu, kita lambat mendapat kuota tambahan.

"Bila sebut kuota tambahan akan terikat dengan urusan penerbangan, penyewaan penginapan tambahan, hak pendaratan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pelepasan Larian Aspiring Jerai Geopark di Geotapak Titi Hayun, di sini, Sabtu.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata langkah kerajaan Arab Saudi menetapkan syarat keselamatan baharu penggunaan biometrik 10 jari tangan susulan insiden serangan pengganas di beberapa lokasi awal bulan ini, wajar dipuji.

Jelasnya, langkah tersebut bukan bertujuan untuk menimbulkan kesukaran kepada jemaah haji namun bagi mengelakkan kemasukan pengganas yang boleh membahayakan nyawa jemaah haji.

Jamil Khir berkata Tabung Haji akan memberikan taklimat mengenai kaedah baharu tersebut kepada semua jemaah haji termasuklah sewaktu kursus haji perdana dan semasa jemaah berkumpul sebelum berlepas untuk menunaikan ibadah haji.

Susulan insiden serangan pengganas berhampiran Masjid Nabawi di Madinah awal bulan ini, kerajaan Arab Saudi menetapkan syarat keselamatan baharu iaitu penggunaan biometrik 10 jari tangan bagi semua jemaah haji bermula tahun ini.

Pada program itu, selain acara larian, turut diadakan pertandingan gubahan, ukiran buah, persembahan seni dan kebudayaan serta pameran daripada beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Hadir sama Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Zainol Husin dan Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr Mokhtar Saidin. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Tabung Haji , Arab Saudi , Jamil Khir Baharom

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan