Kerajaan Akan Beri Lebih Perhatian Bantu Masyarakat India - PM

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 8:45 PM

Najib Tun Razak memotong kek ulang tahun kelahiran beliau sempena sambutan Jubli Intan dan Persidangan Kongu Antarabangsa di Stadium Negara hari ini. Turut hadir Penasihat Kementerian Pengangkutan Tan Sri M Kayveas (tiga, kiri) dan Presiden Persatuan Kebajikan Namakkal Malaysia Datuk K. Subramaniam (tiga, kanan) Ketua Deligasi Luar Negara Komuniti Kongu, ER Eswaran (dua, kiri). Foto:Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Kerajaan akan memberi perhatian yang lebih meluas dalam membantu masyarakat India di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata masyarakat India mempunyai sejarah panjang dan penting di Malaysia termasuk membantu membina negara selain menyumbang kepada kepelbagaian yang menjadikan Malaysia unik.

"Saya bangga untuk menyatakan bahawa masyarakat Tamil di Malaysia telah berjaya memelihara bahasa dan budaya mereka. Pelajar-pelajar di Malaysia juga berpeluang mempelajari bahasa Tamil sejak di peringkat pra sekolah hinggalah ke pengajianperingkat tinggi,"katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Kongu Tamiliar Pertama Dunia di Stadium Negara di sini, Sabtu.    

Najib berkata pada masa ini, terdapat 524 sekolah rendah Tamil di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia.   

"Selain itu, kerajaan juga telah meluluskan penubuhan enam sekolah rendah Tamil baharu,"katanya.

Kongu Nadu adalah wilayah India yang merangkumi bahagian barat Tamil Nadu dan sebahagian daripada negeri-negeri Karnataka dan Kerala, di mana berasalnya masyarakat Kongu.   

Najib berkata Malaysia, Kongu Nadu dan India secara umumnya mempunyai banyak persamaan.   

Dengan memetik hubungan di antara Malaysia dan India, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sejak 1998, India telah menjadi destinasi eksport terbesar Malaysia di rantau Asia Selatan.   

"Dari 2003-2015, perdagangan telah meningkat lebih daripada empat kali ganda. Tahun lepas, India merupakan rakan dagang ke-10 terbesar Malaysia.

"Beribu-ribu pekerjaan telah diwujudkan di sini dalam projek-projek pembuatan yang turut disertai kaum India, dan pada 2014, pelaburan langsung Malaysia di India adalah berjumlah AS$1.77 bilion," katanya.

Najib berkata kedua-dua negara menandatangani Perjanjian Kerjasama EkonomiKomprehensif Malaysia-India pada 2011 dan mengisytiharkan Peningkatan Perkongsian Strategik pada November lepas semasa lawatan Perdana Menteri India Narendra Modi.

"Ini mengesahkan komitmen kami untuk mengukuhkan lagi perdagangan dua haladan pelaburan serta menggalakkan kerjasama dalam infrastruktur dan sektor pembinaan," kata beliau.

Mengenai persidangan itu, Najib berkata beliau gembira kerana Malaysia menjadi tuan rumah pertama bagi persidangan dunia baharu itu.

"Ia adalah pilihan yang sangat sesuai, kerana Tamil merupakan bahasa yangpaling meluas dituturkan dalam kalangan kaum India di Malaysia. Malah, kebanyakan Malayalee dan Telugu bertutur dalam bahasa Tamil di sini," katanya.

Beliau berkata persidangan itu juga mewujudkan lebih banyak rangkaian perniagaan dalam kalangan komuniti Kongu komuniti dan semua rakyat Malaysia selain membantu mewujudkan peluang pendidikan seluruh dunia.   

Persidangan tiga hari itu, yang bermula Sabtu, dianjurkan oleh Persatuan Kongu Tamiliar Malaysia dan dihadiri oleh kira-kira 10,000 Kongu Tamilar di Malaysia dan 2,000 anggota delegasi dari 12 negara. Turut hadir Presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Masyarakat India , Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan