Penyokong Baju Merah Berhimpun Bantah Tun M

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 6:08 PM

Jamal bersama penyokong baju merah yang berkumpul di sekitar pasaraya Sogo, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan kecil penyokong berbaju merah berhimpun di depan pasaraya Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman selama kira-kira sejam sebelum bersurai.

Kumpulan yang mempertahankan demokrasi berperlembagaan itu diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yang sebelum ini mengepalai Perhimpunan Baju Merah pada September lalu.

Jamal mendakwa perhimpunan kali ini bagi membantah tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan yang menyarankan supaya rakyat negara ini mengadakan perhimpunan jalanan bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Kumplan itu juga berlegar-legar sekitar pasaraya berkenaan dan bersama Jamal yang tiba pada pukul 4.20 petang, Sabtu.

Berbeza dengan perhimpunan sebelum ini, ia lebih tenang dan pesertanya bersama orang ramai yang biasanya memenuhi kawasan berkenaan pada setiap hujung minggu.

Bagaimanapun, tiada anggota polis kelihatan di sekitar kawasan pasaraya itu ketika perhimpunan itu berlangsung.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan