1MDB: Jangan Buat Spekulasi Saman Sivil - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 5:39 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menasihatkan masyarakat terutamanya pembangkang supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata adalah tidak adil dan wajar untuk menghukum dan mendakwa seseorang itu bersalah dengan membuat andaian dan persepsi sendiri memandangkan ia masih dalam siasatan.

Katanya selain itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri sudahpun menyatakan pihak kerajaan Malaysia akan memberi kerjasama dan maklumat serta apa-apa keperluan supaya keputusan dibuat berdasarkan kepada prinsip-prinsip keadilan.

"Dalam soal ini tak patut membuat sebarang kesimpulan kerana tidak ada orang yang boleh dikatakan bersalah sehingga ia diputuskan (sebagai bersalah) melalui sistem kehakiman," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Hari Komuniti Pintar peringkat kebangsaan pada Sabtu.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Dr Halim Shafie.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata beliau percaya pihak kerajaan akan terus memberikan kerjasama kerana tidak ada apa yang ingin dilindungi dan disembunyikan.

"Apa yang berlaku ini adalah perkara biasa yang terpaksa dilalui dalam urus tadbir negara, malah negara pernah berhadapan dengan situasi yang lebih besar misalnya skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) suatu ketika dahulu," katanya.

Menurutnya apabila ada aduan sudah pasti sesuatu pihak itu akan membuat siasatan.

"Kalau kita mengatakan seseorang yang didakwa itu sudah bersalah, maka ia juga sama seperti yang berlaku kepada Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng yang menghadapi dua pertuduhan rasuah) ... kita tidak menganggap beliau (Lim) bersalah sehingga diputuskan bersalah oleh mahkamah," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman dalam sidang media di Kuala Nerus, Kuala Terengganu berharap semua pihak menunggu hasil siasatan dan keputusan saman sivil itu. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Ahmad Shabery Cheek , Saman Sivil , 1mdb

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan