DOJ: Tun M Cadang Perhimpunan Aman

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 7:00 AM

Dr Mahathir Mohamad. foto RAJA FAISAL HISHAN/The Star.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak susulan dakwaan melibatkan 1MDB oleh Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat (DOJ).

"Rakyat Malaysia malu-malu (untuk mengadakan tunjuk perasaan). Di negara lain, berjuta-juta rakyatnya akan berarak di jalanan. Rakyat Malaysia amat baik, kita biasanya tidak mengadakan tunjuk perasaan.

"Saya rasa kita perlu mengadakan satu perhimpunan aman bagi menuntut penyingkiran perdana menteri," katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Khamis.

Dr Mahathir berkata, perhimpunan aman perlu diadakan susulan tindakan DOJ yang memfailkan saman sivil untuk merampas aset di Amerika Syarikat yang didakwa dibeli menggunakan dana yang dialihkan dari 1MDB.

"Kenyataan DOJ amat komprehensif menunjukkan bahawa semua perkara yang dinyatakan dalam Deklarasi Rakyat. Memandangkan perdana menteri tidak mahu berundur, maka rakyat mesti meneruskan referendum yang telah kita mulakan," katanya.

Sementara itu, bekas Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga yang turut hadir pada sidang media itu turut tidak menolak badan pemantau pilihan raya sedang mempertimbangkan untuk mengadakan perhimpunan aman tersebut.

Selain itu, Dr Mahathir turut mengulangi desakan agar satu tribunal bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan DOJ terhadap 1MDB.

Namun beliau berkata, tribunal itu tidak boleh melibatkan Najib kerana beliau merupakan orang yang perlu disiasat.

"Kita dah lama jangka perkara ini akan berlaku. Apa yang Peguam Negara (Loretta Lynch) sedang lakukan ini adalah bukti apa yang kita perjuangkan selama ini untuk mendedahkan semua salah laku 1MDB yang jelas melibatkan perdana menteri adalah betul.

Turut hadir bekas Presiden MCA Tan Sri Dr Ling Liong Sik, Datuk Zaid Ibrahim & Ahli Parlimen Shah Alam (Parti Amanah Negara) Khalid Samad.

Pada Rabu, DOJ mendakwa AS$731 juta disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun bank milik 'Malaysian Official No 1' yang tidak dinamakan.

DOJ tidak menamakan 'Malaysia Official No 1' tetapi menggambarkan individu itu sebagai "pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB."

Tags / Kata Kunci: DOJ , Dr Mahathir Mohamad , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan