Solidariti Rakyat Malaysia Untuk Najib Di Laman Sosial

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 6:38 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia menunjukkan sikap solidariti di laman sosial kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini yang berdepan dengan saman oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Di laman media sosial dipenuhi dengan 'hashtag' #bestrongPM yang dikongsi di laman Facebook dan Twitter pada Jumaat.

Kebanyakan mesej yang disampaikan di laman Facebook termasuk 'Kekal Najib', 'Belia Bangkit','Parlimen Pekan' dan kelab Anti-DAP'.

Selain berkongsi hashtag serta gambar, laman 'Kelab Che Jib' menulis, "#bestrongPM in facing the allegations and negative perceptions that are being thrown at you. (#bestrongPM dalam berdepan dengan tuduhan dan persepsi negatif yang dilemparkan kepada anda)."

Malah di laman media sosial lain juga turut menggunakan hashtag tersebut dan gambar sebagai tanda sokongan.

Salah satu Twitter, one@romyirwanshah menulis: "#besStrongPM, one day Malaysia will know who you are. We support you. (Satu hari nanti rakyat Malaysia akan tahu siapa kamu. Kami menyokong anda).

"Manakala satu lagi status oleh @asyrafmiswan: "Najib is innocent, #bestrongPM."

Pada Khamis, Najib meminta semua pihak tidak membuat kesimpulan mengenai tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Keadilan AS untuk menyita lebih AS$ 1 juta (RM4.02 juta) aset yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada semua badan-badan penyiasatan antarabangsa yang berkaitan dengan perkara itu.

Tags / Kata Kunci: #bestrongPM , sodiraliti , Najib Tun Razak

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan