Lima Lagi Mara Digital Mall Bakal Dibuka

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 12:03 AM

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) melawat kiosk Majlis Amanah Rakyat (MARA) Digital selepas merasmikan MARA Digital Anggerik Mall di ruang legar Anggerik Mall, Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sebanyak lima lagi pusat yang menjual barangan teknologi maklumat (IT) iaitu MARA Digital Mall akan dibuka di beberapa negeri selewat-lewatnya akhir tahun depan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata penambahan cawangan itu adalah bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan bumiputera melibatkan diri dalam pasaran digital dan IT.

Katanya lima pusat Mara Digital itu ialah di Petaling Jaya, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

"Untuk Terengganu, kita masih berbincang dengan pihak pengurusan Paya Bunga Mall untuk membuka Mara Digital Mall di situ, begitu juga di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, kita tengah berbincang untuk mendapatkan lokasi sesuai termasuk dari segi penyewaan tempat serta pelanggan. Kita tidak mahu buka di kawasan terpencil yang mana ia akan sukar untuk dimajukan.

"Bagaimanapun untuk Glomac Mall (Petaling Jaya), kita sedang kenal pasti jumlah penyewa dan kita akan mula buka sekiranya jumlah penyewa mencapai 60 peratus. Kita tidak mahu jika jumlah penyewa kurang daripada itu, takut kurang pembeli," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mara Digital di Anggerik Mall, di sini Khamis.

Turut hadir Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohd Arif Ab Rahman.

MARA Digital Anggerik Mall merupakan cawangan kedua selepas mall yang pertama dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata para peniaga di MARA Digital Anggerik Mall akan menikmati pengecualian bayaran sewa selama enam bulan sehingga perniagaan mereka stabil dan mendapat keuntungan.

"Enam bulan sewa percuma itu sebagai insentif kepada peniaga. Ini kerana perniagaan mereka mengambil masa sedikit untuk maju dan sewa percuma itu akan disubsidikan oleh MARA," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata MARA Digital Anggerik Mall juga akan dijadikan sebagai pusat sehenti kepada pengguna kerana ia bukan sahaja menawarkan jualan barangan dan produk ICT, malah turut menyediakan perkhidmatan baik pulih telefon serta pembayaran bil telefon.

Tambahnya, bagi fasa pertama, buat masa ini terdapat 32 kios di MARA Digital Anggerik Mall yang menjual produk dan aksesori ICT termasuk telefon bimbit serta laptop.

"Bagi fasa kedua pula kita akan melibatkan penyertaan syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan Celcom sebagai pusat pembayaran bil. Pada bulan depan (Ogos), kita jangkakan 17 lagi oulet lebih besar akan dibuka termasuk dari syarikat pengeluar telefon bimbit terbesar seperti Samsung dan Oppo," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan