DOJ: Kedudukan Najib Tidak Terancam

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 3:27 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kedudukan politik Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terancam walaupun saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) ke atas dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata seorang penganalisis politik.

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata masa depan Najib hanya boleh ditentukan oleh ahli dan pemimpin Umno sendiri dan bukannya mana-mana kuasa luar.

"Setakat ini tidak ada sebarang tanda menunjukkan Umno berasa apa-apa berikutan insiden tersebut," kata Wan Saiful dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata kedudukan Najib sebagai perdana menteri masih selamat selagi kedudukannya sebagai presiden Umno adalah selamat.

"Ahli-ahli Umno secara umumnya membuat keputusan berdasarkan pertimbangan dalam negara. Seperti mana parti-parti politik lain, mereka akan mengutamakan survival politik mereka sendiri. Itu adalah secara kasarnya," kata Wan Saiful.

Pada Rabu, DOJ memfailkan saman sivil untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyita hartanah bernilai lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) berkaitan 1MDB.

Seorang individu yang dinamakan dalam aduan rasmi oleh pendakwa raya AS adalah Riza Aziz yang juga anak tiri Najib.

Lain-lain yang dinamakan dalam saman itu termasuk ahli perniagaan terkemuka negara, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai 'Jho Low'.

Pihak berkuasa Singapura turut sudah menyita aset bernilai S$240 juta (RM710 juta) susulan siasatan membabitkan aliran dana 1MDB yang didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram.

Sementara itu, Wan Saiful yakin perkembangan terkini itu tidak akan menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat atau Singapura.

"Hubungan negara kita dengan kedua-dua buah negara ini telah terjalin sejak berdekad,” katanya.

Tags / Kata Kunci: kedudukan politik , Najib Tun Razak , 1MDB , DOJ

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan