Wajah 'Rajinikanth' Hiasi Jalan Seni

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 9:40 AM

Naina (kiri) dan Azmi minum kopi bersama 'Rajinikanth di gerai Roti Bakar Naina di Jalan Transfer.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Wajah superstar India Selatan, Rajinikanth yang membintangi filem terbaharunya, Kabali bukan sahaja menghiasi pesawat AirAsia dan kereta tetapi turut diabadikan di dinding sebuah kedai kopi di Pulau Pinang.

Legenda layar perak itu yang terkenal dengan watak gangster dalam filem Tamil, diabadikan dalam bentuk lukisan mural di Jalan Seni sekitar Pulau Pinang.

Sama seperti warga Pulau Pinang, Rajinikanth yang lengkap dengan cermin mata hitam dan blazer putih digambarkan sedang menikmati telur separuh masak, kopi susu dan roti bakar benggali.

Lukisan mural yang dihasil artis jalanan Azmi Hussin dilukis di dinding Roti Bakar Naina, sebuah gerai yang terletak di Jalan Transfer di pinggir tapak warisan itu.

Pemilik gerai itu, Naina Mohamed, 38, berkata dia membayar RM900 untuk lukisan mural mengenai roti arang bakar yang diusahakannya.

"Saya menjual roti bakar selama 20 tahun. Arang adalah kaedah terbaik untuk membuat roti benggali yang rangup diluar dan panas serta gebu di dalamnya," kata Naina.

Azmi, 32, berkata dia mencari ilham untuk lukisan mural tersebut apabila melihat wajah pelakon utama Kabali itu berada di mana sahaja.

"Orang ramai menggilai filem ini. Di Internet, saya lihat kereta turut dihiasi dengan wajah pelakon Kabali dan pesawat AirAsia juga dicat dengan iklan Kabali.

"Jadi saya turut menyertai orang ramai," katanya yang juga salah seorang peminat Rajinikanth.

Filem berdurasi 152 minit itu ditayangkan di 480 pawagam seluruh negara pada Jumaat.

Tags / Kata Kunci: Kabali , lukisan mural , Rajinikanth

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan