Gerakan Mahu Bertanding Pada Pilihan Raya Negeri P Pinang

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 5:03 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mahu diberi peluang untuk bertanding pada pilihan raya negeri Pulau Pinang, dan ia yakin dapat mencapai prestasi yang lebih baik, kata Presidennya Datuk Seri Mah Siew Kong.

Beliau berkata walaupun secara prinsipnya Gerakan tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu namun, beliau meramalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tetap akan dibubarkan.

"Saya meramalkan dengan semua 'wayang-wayang', akhirnya (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan dan akan ada pilihan raya di sana.

"Kita banyak pemimpin (Gerakan) di Pulau Pinang yang bangkitkan banyak perkara tapi mereka tidak berada dalam DUN. Saya harap pengundi Pulau Pinang fikirkan dengan baik supaya beri peluang kepada kita," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Gerakan Kedah di sini, Jumaat.

Pada Khamis, Lim dalam sidang berita berkata DAP akan memberikan masa kepada PKR untuk berbincang sebelum membuat keputusan berhubung pilihan raya negeri mengejut itu.

Cadangan mengadakan pilihan raya itu merupakan dua pilihan yang ada, selain satu lagi pilihan iaitu menunggu pilihan raya umum akan datang, sebagai maklum balas kepada dua tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap Lim.

Mah berkata tindakan DAP mahu mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu adalah bagi membantunya menyelamatkan Lim daripada masalah peribadi yang dihadapinya.

"Banyak yang cakap kita (Gerakan) takut, tetapi sebenarnya tidak kerana secara prinsipnya, kita akan menunjukkan prestasi lebih baik dari dahulu, tidak semestinya kita sokong dengan cadangan itu," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Gerakan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan