Carian MH370 Digantung

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 4:10 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PUTRAJAYA: Usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 akan digantung selepas carian di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi selesai.

Perkara ini dinyatakan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan sempena Mesyuarat Tiga Pihak Peringkat Menteri MH370 yang diadakan pada Jumaat melibatkan menteri-menteri pengangkutan dari Malaysia, China dan Australia.

Menurut kenyataan bersama itu, setelah hanya tinggal kurang 10,000 km persegi sahaja lagi kawasan pencarian yang belum diliputi, para menteri berkenaan mengaku bahawa walaupun segala usaha telah dilakukan semua pihak yang terlibat, kemungkinan pesawat itu akan dijumpai semakin tipis.

"Para menteri bersetuju bahawa sekiranya pesawat berkenaan tidak dijumpai di kawasan pencarian sekarang, dan sekiranya tidak terdapat bukti baharu yang berwibawa bagi mengenal pasti lokasi khusus terletaknya pesawat itu, pencarian tidak akan dihentikan, tetapi digantung dahulu setelah usaha mencari selesai dilakukan di kawasan seluas 120,000 km persegi," katanya.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada pengesanan radar setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Berikutan itu, operasi besar-besaran dilakukan di selatan Lautan Hindi, kawasan pesawat itu dipercayai mengakhiri penerbangannya setelah melencong daripada laluan asalnya.

Menurut kenyataan itu, para menteri berkenaan menegaskan sekali lagi bahawa usaha mencari MH370 tidak pernah diabaikan.
"Penggantungan tidak bererti usaha mencari ditamatkan," katanya.

Kenyataan itu menegaskan bahawa sekiranya terdapat maklumat baharu yang berwibawa dan boleh digunakan bagi mengesan lokasi khusus terletaknya pesawat berkenaan, pertimbangan akan dibuat tentang langkah seterusnya yang perlu diambil.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan