Tiada Bukti Penyelewengan Dalam 1MDB - Peguam Negara

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 6:38 PM

Tan Sri Mohamed Apandi Ali

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tidak ada sebarang bukti daripada mana-mana penyiasatan bagi menunjukkan bahawa wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalahguna, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Ini berikutan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ AS) yang memfailkan saman sivil untuk menyita aset didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB yang bernilai lebih dari AS$1 bilion (RM4.02 bilion) pada Rabu.

Mohamed Apandi berkata tidak ada sebarang tuduhan jenayah ditekankan terhadap mana-mana individu untuk 'kesalahan penyalahgunaan wang daripada 1MDB'.

Beliau juga melahirkan kebimbangan yang teramat berhubung sindiran dan tuduhan yang dibuat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai dakwaan salah laku jenayah berhubung saman sivil yang difailkan oleh DOJ AS.

"Peguam Negara mahu menjelaskan bahawa tidak ada fakta dalam tuntutan sivil yang difailkan oleh DOJ AS itu menunjukkan perdana menteri dinamakan sebagai defendan atau telah didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah.

"Pada masa ini, terdapat satu penyiasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia mengenai perkara-perkara berkaitan 1MDB.

"Memandangkan siasatan sedang dijalankan, adalah tidak sesuai untuk mendedahkan butirannya yang boleh menjejaskan siasatan.

"Peguam Negara harus menekankan bahawa adalah penting untuk memelihara integriti siasatan justeru orang ramai tidak perlu meragui hasil siasatan," kata Mohamed Apandi dalam satu kenyataan Khamis.

Beliau berkata Jabatan Peguam Negara masih belum menerima sebarang permintaan daripada DOJ AS untuk mendapatkan apa-apa maklumat atau keterangan, sambil menambah Pejabat Peguam Negara akan mengalu-alukan sebarang permintaan yang dibuat.

Ini, katanya, sejajar dengan komitmen Pejabat Peguam Negara dalam kerjasama antarabangsa dan kerjasama dalam memerangi pengubahan wang haram dan amalan rasuah.

"Sebagai Pendakwa Raya, Peguam Negara tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan jenayah dengan syarat terdapat bukti yang mencukupi untuk berbuat demikian.

"Mana-mana salah laku mesti dan akan dihukum. Malaysia akan sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan