PAS Mahu Tanding Lebih Banyak Kerusi Jika Pilihan Raya Mengejut Diadakan

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 4:45 PM

Muhammad Fauzi Yusof

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: PAS bercadang untuk bertanding lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang jika pilihan raya negeri diadakan.

Pesuruhjaya PAS negeri, Muhammad Fauzi Yusof berkata parti itu telah mendapat maklum balas daripada ahli-ahlinya berhubung kerusi baharu yang dilihat mempunyai peluang baik untuk menang.

"Kita telah bertanding enam kerusi negeri pada pilihan raya umum lepas termasuk satu di pulau.

"Kali ini, kami sasar lebih banyak kerusi. Kami sedang mengenal pasti kawasan pilihan raya. Terlalu awal untuk menamakan kerusi-kerusi itu sekarang," katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, PAS hanya menang di Permatang Pasir di tanah besar, yang telah menjadi kubu kuat PAS sejak 1990-an.

Parti itu tewas di Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua dan Sungai Acheh di tanah besar dan kerusi Bayan Lepas di bahagian pulau.

Ia juga kalah di kedua-dua kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor.

Muhammad Fauzi berkata, tidak ada alasan untuk kerajaan negeri pimpinan DAP mengadakan pilihan raya mengejut.

"Ia adalah satu pembaziran wang. Parti itu mahu mengadakan pilihan raya negeri kerana pemimpinnya sedang menghadapi tuduhan rasuah, "dakwanya.

Beliau berkata parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan DAP manakala hubungannya dengan PKR adalah dingin.

Daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, DAP mempunyai 19 kerusi, PKR (10), Barisan Nasional (10) dan PAS (satu).

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan