MAHB Tingkat Keselamatan Di Lapangan Terbang Istanbul

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 9:04 PM

Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mempertingkatkan tahap keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul susulan serangan pengganas di lapangan terbang Turki yang lain dan cubaan rampasan kuasa tentera di negara berkenaan.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazalie berkata sebagai pengendali lapangan terbang tersebut, pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa Turki susulan daripada siri serangan pengganas di Eropah sejak tahun lepas.

Beliau berkata syarikat itu akan terus mengikuti pengumuman Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dari semasa ke semasa.

"Malah sebelum insiden ini berlaku, kami sentiasa berbincang dengan kerajaan Turki berhubung peningkatan tahap kesedaran keselamatan (di lapangan terbang berkenaan).

"Saya sentiasa menunggu (untuk mengetahui) apa lagi langkah yang perlu kami dilakukan," katanya kepada pemberita semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran MAHB di sini, Khamis.

Erdogan telah mengisytiharkan perintah darurat selama tiga bulan berikutan kegagalan rampasan kuasa tentera pada 16 Julai lepas.

Pengeboman bunuh diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, lapangan terbang antarabangsa utama di Istanbul, pada 29 Jun mengakibatkan 41 orang maut, 239 cedera, manakala rampasan kuasa pula menyebabkan 265 individu maut dan 1,100 yang lain cedera.

Badlisham berkata operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen berjalan seperti biasa dengan trafik udara adalah normal.

Selain itu, Badlisham berkata MAHB juga berbincang dengan Kementerian Pengangkutan mengenai langkah meningkatkan lagi ciri keselamatan di lapangan terbang seluruh negara.

"Kami merancang untuk menugaskan lebih ramai polis bantuan. Pelbagai cadangan telah dikemukakan dan kami sedang memperincikan bagaimana keselamatan boleh ditingkatkan," katanya.

Berikutan serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini berkata, kerajaan sedang menimbangkan cadangan untuk membenarkan hanya penumpang udara berada di dalam terminal di semua lapangan terbang utama di Malaysia bagi meningkatkan tahap keselamatan.

Sementara itu penghantar penumpang perlu berada di luar terminal lapangan terbang atau dibenarkan berada di kawasan tertentu.

Tags / Kata Kunci: MAHB , Sabiha Gokcen

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan