Uber: Kerajaan Tidak Tertekan - Nazri - Berita Semasa | mStar

Uber: Kerajaan Tidak Tertekan - Nazri

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 12:02 AM

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kerajaan tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan dalam pertikaian berterusan antara pemandu teksi dan Uber.

Mengulas mengenai reaksi daripada persatuan teksi bahawa mereka akan menolak memberikan sokongan kepada kerajaan jika Uber diluluskan, beliau berkata kerajaan juga perlu memahami apa yang pengguna mahu.

Bercakap pada majlis rumah terbuka kementerian pada Rabu, beliau berkata, pengguna perlu diberi keutamaan kerana mereka membentuk kumpulan yang lebih besar daripada pemandu teksi.

"Bagaimana untuk menafikan hak-hak mereka jika itu yang mereka mahu," katanya.

Nazri juga berkata, beliau menjangkakan kereta api berkelajuan tinggi yang akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura akan meningkatkan industri pelancongan negara.

"Kami telah lama menunggunya. Keretapi laju pastinya akan mengurangkan masa perjalanan," katanya, sambil menambah lebih daripada 50 peratus pelancong adalah dari Singapura.

Tags / Kata Kunci: Uber , tekanan pemandu teksi , Nazri Aziz
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan