JTK Panggil Eaglexpress Isu Gaji, Elaun

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 10:37 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan memanggil pihak pengurusan Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd (Eaglexpress) pada Khamis berhubung isu tunggakan gaji dan elaun pekerja syarikat penerbangan itu.

Pengarah JTK Selangor, Mohd Asri Abd Wahab berkata, ia susulan pertemuan Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) pada Isnin lalu.

"Nufam datang berbincang dengan JTK mengenai gaji dan elaun pekerja yang tertunggak, yang masih belum dilunaskan oleh Eaglexpress.

"Susulan pertemuan berkenaan, JTK akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Eaglexpress pagi esok (Khamis) menyelesaikan masalah berbangkit, dalam konteks semua pekerja syarikat itu.

"Kita akan berbincang dengan mereka bila semua tunggakan itu dapat dilakukan," katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Pada 23 Jun lalu, mStar Online melaporkan Nufam memberi kata dua kepada Eaglexpress berhubung isu tunggakan gaji dan elaun termasuk tuntutan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), membabitkan kira-kira 300 pekerja.

Nufam mendesak Eaglexpress supaya menyelesaikan kesemua tuntutan atau menghentikan operasi sehingga isu berkenaan diselesaikan.

Sementara itu, bercakap mengenai pertemuan dengan JTK, Presiden Nufam, Ismail Nasaruddin berkata, budi bicara akan dipertimbangkan dalam menyelesaikan masalah sekiranya pihak pengurusan Eaglexpress sedia memberi kerjasama yang baik.

Pada masa sama, beliau juga akan melihat kapasiti kewangan Eaglexpress tetapi syarikat penerbangan itu perlu bersikap telus dalam menjelaskan kedudukan syarikat penerbangan itu.

"Ada gaji bulan Jun yang tak bayar lagi. Ada juga elaun-elaun lain lagi yang belum dijelaskan.

"Kita akan ada budi bicara, tetapi kita perlu lihat kerjasama mereka. Kalau mereka serius nak selesaikan segala tunggakan, kita akan selesaikan secara baik," ujar Ismail.

Pada 23 Jun lalu, mStar Online melaporkan memo dikeluarkan pihak pengurusan yang memaklumkan dua bulan gaji tertunggak iaitu April dan Mei akan dibayar pada 27 Jun, tetapi gagal dibuat disebabkan masalah teknikal.

Beberapa hari kemudian, bayaran tunggakan gaji dibuat tetapi hanya selama sebulan setengah kepada sebahagian pekerja berbanding dua bulan seperti yang dinyatakan dalam memo.

Pada 5 Julai pula portal berita ini melaporkan Eaglexpress telah melunaskan sebulan setengah gaji sebelum ini meliputi sebulan gaji bagi April dan setengah bulan gaji Mei kepada sebahagian pekerja syarikat penerbangan itu, manakala sebahagian lagi yang juga kru kabin menerima gaji dua bulan.

Difahamkan, gaji bagi Jun dan elaun-elaun lain bagi pekerja Eaglexpress masih tertunggak setakat ini.

Pada 20 Jun lalu, mStar Online mendedahkan sebuah syarikat penerbangan carter gagal membayar gaji pekerjanya termasuk tidak membuat caruman KWSP dan Perkeso.

Eaglexpress merupakan syarikat penerbangan carter yang berpangkalan di Kuala Lumpur bagi perkhidmatan umrah dan haji sejak 2012. Antara penerbangannya ke Arab Saudi adalah dari Malaysia, Indonesia, Afrika Utara dan Timur Tengah.

Tags / Kata Kunci: Jabatan Tenaga Kerja , Eaglexpress

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan