Kerajaan Pandang Serius Saman Sivil Dikemuka AS - Najib

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 6:53 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap kepada pemberita di satu majlis yang diadakan di Wisma Felda, Khamis. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memandang serius terhadap saman sivil yang dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata ia selari dengan urus tadbir baik yang sentiasa diperjuangkan kerajaan.

"Perlu dijelaskan bahawa ini merupakan tindakan sivil dan bukan tindakan jenayah dan ia terhad kepada nama-nama yang telahpun disebutkan dalam laporan DOJ.

"Oleh itu daripada segi kerajaan kita akan beri kerjasama yang sepenuhnya dengan semua pihak badan siasatan antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Kumpulan Felda di sini Khamis.

Najib berkata pendirian kerajaan selama ini adalah tidak mahu melihat sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang.

Najib berkata mereka yang terlibat akan melalui proses kehakiman di mahkamah  Amerika Syarikat.

"Maknanya seseorang itu ada peluang bela diri sendiri atau mengikut proses kehakiman di mahkamah. Kita tidak sewajarnya buat apa-apa kesimpulan selagi proses belum selesai," katanya.

Mengulas mengenai anak tirinya Riza Aziz yang dikaitkan dengan tindakan undang-undang itu, beliau berkata, "sama seperti orang lain, beliau mempunyai hak beliau dan biarlah proses itu berjalan".

Ketika ditanya sama ada saman sivil itu akan menjejaskan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat, katanya ia adalah isu yang berbeza sama sekali, kerana ini berkaitan dengan individu dan bukannya kedudukan keseluruhan dasar kedua-dua negara.




iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan