Hakikat Politik 'Dalam Permainan' Di Pulau Pinang...

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 12:06 PM

(Ubah saiz teks)

ANALISIS

BEBERAPA peristiwa berubah dengan cepat dalam DAP sejak beberapa hari lalu hinggakan tiada siapa yang boleh mengagak apa yang sebenarnya sedang berlaku.

Pada satu ketika ia seolah-olah seperti Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan namun hingga kini pilihan raya tergempar masih menjadi tanda tanya.

Apabila Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali tiba di Komtar, Pulau Pinang untuk menemui Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada Rabu, banyak pihak menyangka bahawa Pulau Pinang berada di ambang pilihan raya tergempar.

Kedua-dua pemimpin meraikan antara satu sama lain dengan mesra dan Lim membawa rakan sejawatannya dari Selangor untuk melihat George Town dari tingkat 28 Komtar.

Tetapi lain pula ceritanya apabila mereka muncul selepas mesyuarat pada pukul 3 petang untuk mengadakan sidang media.

Lim nampak tenang, tersenyum tanpa henti. Tetapi Azmin kelihatan agak tegang.

Kedua-dua mendakwa pertemuan itu membuahkan hasil tetapi persoalannya adalah, mereka tidak dapat bersetuju mengenai pilihan raya tergempar.

DAP beria-ria mahu meneruskannya, tetapi PKR enggan bersama.

Itulah halangan serta keindahan politik campuran - kaki kanan tidak boleh melangkah ke hadapan jika kaki sebelah kiri enggan berganjak.

Pada masa yang sama, semua pihak mesti bersetuju sebelum keputusan besar dibuat untuk tindakan.

Mungkin satu-satunya perkembangan sebenar adalah mengenai komitmen di pihak DAP bahawa sebarang keputusan mengenai pilihan raya negeri tidak akan dibuat secara bersendirian tetapi berdasarkan perbincangan dan perundingan bersama.

Rakan-rakan Pakatan Harapan perlu bersetuju sebelum pilihan raya negeri dipanggil.

Ini adalah satu kenyataan penting untuk menolak khabar angin bahawa DAP akan melakukannya secara sendirian.

Azmin perlu kembali untuk memberi taklimat kepada kepimpinan parti dan Timbalan Presiden PKR itu berkata, rundingan mengenainya akan diteruskan.

Tetapi untuk berapa lama lagi?

DAP kini kelihatan seperti sebuah parti yang dalam keadaan tergesa-gesa. Bagi mereka, mandat baharu akan membantu 'mengusir awan gelap dan membawa keluar langit biru' sekali lagi.

Tetapi menurut beberapa penganalisis, DAP masih belum memberikan sebab-sebab yang meyakinkan untuk mengadakan pilihan raya tergempar.

Ditanya mengenai sebab utama pilihan raya negeri perlu diadakan, Setiausaha Agung DAP itu berkata bahawa terdapat penyalahgunaan kuasa, skandal rasuah dan masalah ekonomi sejak penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat dan proses demokrasi perlu dihidupkan semula untuk menunjukkan bahawa rakyatlah yang  berkuasa.

Ia adalah satu sebab yang ganjil. Raut wajah Azmin ketika mendengarnya seolah-olah kaku.

Ia adalah jelas bahawa pemimpin DAP mahu menyerahkan kembali mandat kepada rakyat sebelum perbicaraan rasuah Lim bermula akhir tahun ini.

Pilihan raya tergempar tidak akan menggugurkan tuduhan rasuah terhadap Lim namun partinya bercadang untuk menggunakan pilihan raya sebagai satu referendum mengenai Lim dan untuk mempertahankan dakwaan mereka bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan politik.

Ini adalah hakikat politik dan ia bukan luar biasa bagi parti politik untuk memaksa pilihan raya demi mengesahkan kedudukan politik mereka.

PKR telah melakukannya sebelum ini. Tidak lama selepas Anwar dituduh meliwat untuk kali kedua, beliau memaksa pilihan raya kecil di Permatang Pauh di mana isterinya memberi laluan untuk membolehkan beliau kembali ke Parlimen.

Selain itu 'Langkah Kajang' menyaksikan Adun yang sedang berkhidmat meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor tetapi nasib tidak menyebelahinya - langkah itu tidak menjadi.

Namun realiti janggal di Pulau Pinang menunjukkan cadangan pilihan raya tergempar di negeri itu bukanlah untuk menyelamatkan Malaysia, tetapi tentang usaha menyelamatkan Lim dan partinya untuk terus berkuasa di Pulau Pinang.

Butiran perjumpaan tertutup antara Lim dan deligasi PKR sudah mula terbuka.

Kes Lim adalah berdasarkan keperluan untuk memecahkan momentum Barisan Nasional dan mewujudkan satu nafas baharu dan sokongan untuk Pakatan Harapan.

Tetapi difahamkan Azmin mengingatkan DAP agar tidak terlalu yakin dengan keputusan untuk mengadakan pilihan raya tergempar itu.

Pendirian PKR adalah untuk terus memberi sokongan padu kepada Lim di Pulau Pinang, tetapi tidak ada justifikasi untuk mengadakan pilihan raya mengejut.

Pemimpin-pemimpin PKR masih belum yakin dengan keperluan untuk mengadakan pilihan raya awal dan hujah mereka ialah: "Jika DAP tidak boleh meyakinkan pemimpin PKR, maka bagaimana kita hendak meyakinkan rakyat?"

DAP tidak mampu untuk menunggu terlalu lama jika pilihan raya tergempar yang menjadi pilihan mereka.

Kelewatan ini akan membuka ruang kepada orang ramai membuat penilaian - pro dan kontra. Pendapat awam mungkin akan berkembang ke arah menentang langkah itu melainkan jika DAP boleh memberi sebab-sebab yang lebih meyakinkan dan munasabah.

Jadi masa adalah segala-galanya dan Lim perlu 'menyerang' ketika 'besi masih panas'.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan