'Bezza' Bukti Industri Automotif Malaysia Masih Utuh - Mustapa

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 11:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelancaran model sedan pertama Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) 'Bezza', mencerminkan kekuatan industri automotif negara yang masih utuh dan berkembang meskipun persekitaran global yang amat mencabar sekarang.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata "Bezza" membuktikan bahawa industri automotif Malaysia bukan sahaja masih bertahan tetapi juga semakin berkembang.

"Bezza adalah perintis bagi Perodua kerana ia merupakan model pertama yang direka bentuk dan dibangunkan sendiri oleh syarikat itu.

"Juga perlu ditekankan bahawa Bezza dihasilkan daripada 95 peratus bahagian komponen tempatan Malaysia. Hakikat ini sahaja jelas menunjukkan tentang kapasiti dan keupayaan Perodua," kata Mustapa dalam ucapannya semasa pelancaran  Bezza, di sini, Khamis.



Beliau berkata Perodua telah membangunkan lebih 100 vendor tempatan untuk menyertai pembuatan bahagian dan komponen bagi memenuhi keperluannya dan empat daripada vendornya telah dilantik menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global Daihatsu.

Selain itu, katanya, sebagai sebuah Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Bezza penting kerana membangunkan Malaysia sebagai hab pembuatan EEV bagi rantau ini menjelang 2020 adalah satu daripada matlamat utama Dasar Automotif Negara.

Menurutnya, tumpuan kepada EEV juga bijak dari segi perniagaan kerana permintaan terhadap kenderaan seumpama itu semakin meningkat.

Tahun lepas, jualan EEV meningkat sebanyak 62 peratus kepada 200,260 unit daripada 122,897 unit pada 2014. 
Ini menyumbang kepada 33 peratus daripada nilai jumlah jualan keseluruhan industri bagi kenderaan penumpang.

"Peningkatan ketara jualan EEV itu adalah hasil daripada kejayaan model Perodua Axia yang terjual lebih 100,000 unit tahun lepas. Saya yakin Perodua Bezza akan menyumbang lagi kepada peningkatan jualan EEV di Malaysia," kata Mustapa.



Pelancaran Perodua Bezza juga akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dengan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna dari segi kualiti premium, kereta mampu milik dalam pasaran dan peningkatan kapasiti pengeluaran Perodua.

Bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran, bilangan kakitangan di kilang baharu Perodua di Rawang, Selangor, telah digandakan kepada lebih 2,000 pekerja.

Ketika ini, saiz keseluruhan ekosistem Perodua diunjurkan seramai 50,000 orang termasuk antara lainnya jurutera, pekerja kilang, vendor dan penjual.

Dalam ucapannya Mustapa juga menegaskan industri automotif Malaysia tidak boleh hanya sekadar berpuas hati dengan pasaran domestik.

"Saya yakin Perodua akan menyahut cabaran ini. Lagipun, ia telahpun mengeksport hampir 5,000 unit setahun ke pasaran seperti Sri Lanka, Indonesia, Fiji, Brunei dan Mauritius," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan