Bekas Jurukamera Bernama TV Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 11:16 PM

Rostam Ramli

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas jurukamera Bernama TV (kini Bernama News Channel (BNC)) Rostam Ramli, 41, meninggal dunia akibat paru-paru berair di Hospital Putrajaya, malam Khamis.

Menurut bapanya, Ramli Mohd Noh, anaknya meninggal dunia pada kira-kira 7.30 malam selepas dimasukkan ke hospital sejak Selasa malam.

"Jenazah dibawa ke Surau An Nur, Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Pantai Dalam pada 11 pagi esok," katanya kepada Bernama.

Bekas rakan setugas Allahyarham, Mohd Awal Ibrahim, 56, berkata beliau mengenali Rostam sejak arwah mula bertugas di Bernama TV pada 1999.

"Arwah seorang yang berani, rajin bekerja dan suka membantu rakan-rakan lain," kata penyunting visual BNC itu.

Rostam pernah membuat liputan di Pulau Jolo, Filipina susulan insiden penculikan 21 tebusan termasuk sembilan rakyat Malaysia oleh kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Sipadan, dekat Semporna, Sabah pada 2000.

"Arwah juga bergiat aktif sebagai sukarelawan Mercy Malaysia," kata Mohd Awal.

Allahyarham meninggalkan isteri Diyana Ros Kamaludeen dan seorang anak perempuan berusia 17 tahun.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan