Ahmad Said Tolak Jawatan Timbalan Exco Terengganu

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 5:56 PM

Datuk Seri Ahmad Said

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menolak pelantikan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diumumkan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman, Rabu.

Rombakan dan penstrukturan semula yang diumumkan Ahmad Razif selepas mesyuarat exco negeri semalam melibatkan pertambahan dan pertukaran tugas dalam usaha memantapkan pentadbiran negeri.

Ahmad Said berkata bagaimanapun beliau belum menerima surat rasmi mengenai pelantikan itu dan hanya mengetahuinya melalui laporan mmedia.

"Saya rasa sekarang ini saya lebih berminat bekerja secara sukarela daripada dibayar gaji sebab saya dah berpencen," katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) di sini Khamis.

Pengerusi Perkasa Datuk Ibrahim Ali mengumumkan pada sidang media itu, pelantikan Ahmad Said sebagai Yang Dipertua Perkasa Terengganu.

Beliau menggantikan Dato Ismail Samah berkuat kuasa hari ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan